Shatavari Himalaya .. Tingkat Pengeluaran Susu Ibu |Assalamualaikum Sahabat !!

Korang .. Sal nak tanya sikit , pernah alami susu badan ‘merudum’ tak ?? Bukan apa , baru ni Sal macam terperasan yang susu badan agak kurang ‘kepekatannya’ . Hurmmm .. mula terfikir , mungkin jugak faktor utama sebab busy keja . Bila dah busy , makan tak menentu . Apa yang sempat hanyalah biskut . Tu pun sebab nak alas perut . Bukan apa, kesian gak kat anak anak . Susu cair akan menyebabkan anak tak kenyang bila tempoh penyusuan . Sal dapat detect sebab setiap kali menyusukan Kaariz .. dia meragam . Sal pulak sekarang ni tengah menyusu dua orang anak yang berlainan umur . Bukan kembar ya . Jangan salah faham . Hehehhe Tak kan nak dok diam je kan . Sal bukannya boleh . Sebolehnya nak jugak cari ‘something’ untuk pekatkan balik susu badan . Maksud Sal nak kena cari produk untuk Sal consume . Dan akhirnya Sal jumpa gak . Pernah dengar tak produk HIMALAYA WELLNESS ?? Jangan tak tahu , ada produk Himalaya yang boleh mengembalikan kepekatan susu badan Sal . Alhamdulillah . Ni yang nak kongsi tentang Shatavari Himalaya tingkatkan pengeluaran susu ibu , termasuklah Sal .

SHATAVARI !! Kandungan kapsul 100% dari herbal Indian Asparagus . Jujur Sal katakan, best sangat bau kapsul Shatavari . Cam bau manis manis kurma gitu . Yang paling penting HALAL . Harga pun mampu milik (RM54) . Shatavari ni sebenarnya telah digunakan sejak seribu tahun yang lalu dan lebih dikenali sebagai tonik untuk kesuburan kaum wanita . Nampak tak khasiat kandungannya ! Kenapa la Sal baru tahu sekarang . Tapi rasanya masih tidak terlalu lewat untuk dikongsikan bersama mommy yang susu kan anak secara eksklusif atau tidak , kan ??

Kita sebagai mommy memang kena usaha demi anak anak . Susu merudum , tak cukup , cair , semua tu perkara biasa bagi Sal . Tambah bila anak dah lepas fasa eksklusif , anak dah start makan . Mula la sifat ‘kemalasan’ datang menerjah  . Tambah bila waktu keja , skip masa ‘pump’ . Patut memang tak boleh  . Korang jangan sesekali follow Sal tau . Bila dah merundum , baru ‘tersedar’ . Huhuhu.

Kesan lain yang Sal perasan lepas seminggu consume Shatavari ni , pengeluaran susu badan meningkat . Sebelum ni bila Sal dah susukan Kaariz , rasa macam dah takde untuk Khalaf . Pelik tetapi benar ! Elok je Khalaf nyusu lepas Kaariz . Kemain melekap dia . Boleh Sal katakan yang Shatavari dapat memastikan penghasilan pengeluaran susu secara konsisten utuk keperluan bayi anda ! Bagi yang dah pernah consume mesti tahu dah kan .. Jangan lupa share dengan kawan kawan mommy yang ada masalah penyusuan badan ya . Sal yakin , sedikit sebanyak Shatavari mampu membantu . Insha Allah .

Sal kongsikan hasil pengeluaran susu di sini jugak ya mommy .. lepas consume Shatavari hari ketiga dan hari keenam.  Sebelum ni nak dapat penuh sebotol dalam masa 10 minit pump pun agak payah . Dah boleh senyum skit dah Sal . Syukur !

Opss .. dan lagi satu , masalah keletihan badan Sal dapat diatasi . Mungkin bonus dari kandungan herba Shatavari . Melalui pembacaan Sal dari Himalaya Healthcare Malaysia .. Shatavari boleh mengembalikan dan menstabilkan hormon wanita selepas bersalin .. nampak botol comel sangat , banyak manfaat untuk mommy rupanya . Andai ada rezeki bersalin lagi , pasti Sal jadikan Shatavari ‘sahabat baik’ dalam pantang . Berbaloi !

Kecil kecil , Cilipadi ! Belum try ,tak tau lagi ! Dah cuba , nak lagi .. dan lagi .

Pada yang nak cuba dan beli Shatavari , boleh cari di butik Himalaya atau farmasi berdekatan anda . Atau paling senang online je . Terus sampai depan rumah.

Untuk maklumat lanjut , boleh layari:

https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia

https://www.instagram.com/himalayamalaysia