Assalamualaikum Sahabat !!

Harap semuanya sihat .. sentiasa dibawah lembayung keredaan Ilahi . Aamiin. Harini cuaca mendung . Seakan mengiringi pemergian anak anak syurga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah . Sayu hati mengenangkan Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ..

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون  …

Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Situasi sebenar Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihii wa’fu’anhu
‘ Ya Allah , ampunilah dia , dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia ‘

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga rohnya ini di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Dan tak berhenti jugak dari pagi  tadi , bunyi siren kedengaran di area opis Sal . Pasukan keselamatan berusaha dalam memberikan bantuan yang sewajarnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah . Moga dipermudahkan segala urusan ..

‘Allah pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendakkan sesuatu maka Dia hanya mengatakan kepadanya: Jadi, maka jadilah ia” (Surah Al-Baqarah ayat 117).

Salam takziah buat keluarga mangsa . Moga Allah SWT merahmati buat penghuni penghuni syurga ini . Aamiin . Dan diharapkan juga  gambar gambar mangsa yang terlibat tidak disebarkan melalui SocMed atau Whatsapp demi memberi penghormatan kepada keluarga mangsa .

Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Jangan sebarkan yang tidak sepatutnya …

Sumber: BHNews