Didik Anak Lelaki .. Bukan Perkara Mudah | Assalamualaikum Sahabat !!

Zaman sekarang bukan mudah nak besarkan anak anak .. makin mencabar . Tu Sal tak nafikan . Sape tak nak yang terbaik untuk anak anak kan ?? Pelbagai pendekatan boleh diambil dan mana yang baik kita follow . Yang ‘ kureng ‘ sikit tu kita tolak jauh jauh . Macam Sal sendiri , ada 4 hero ..bila agaknya rezeki nak dapat ‘ heroin ‘ .. الصبر من الايمن  .. Aamiin . Korang doakan ya !!

Mendidik anak anak perlu kesabaran yang amat tinggi , sementara tunggu nak besar . Bila dah besar kan , sure Sal akan rindu balik moments masa dyorang kecik . Ni pun dah terasa jugak bila Khalish , Khaleef , Khalaf  beralih tahun . Ada sendu di hati bila tengok balik gambar gambar masa  lahir … setahun …dua tahun dan seterusnya . Andai masa boleh berpatah balik … tapiiiiii  … tapiiiii sape tak nak tengok anak membesar kan !

Pendekatan anak lelaki berbeza sikit pada Sal . Melalui pembacaan Sal dan perkongsian dari Taufiq Razif , ada beberapa yang perlu kita titik beratkan . Nak besarkan anak lelaki kena tahu cara . Tak nak dah besar tak dengar cakap , melawan atau pendek kata besar kepala .

Pada yang ada anak lelaki tu ,meh kita sama sama amalkan . Mudah mudahan ….

Langkah pertama .. jangan manjakan anak dengan gajet , anak anak Sal dulu semua ‘dimanjakan’ dengan gajet . Konon bila bagi gajet , anak tak kacau dan kita boleh buat keja rumah dengan tenang . Kesannya , anak anak Sal memang kurang sensitif dengan persekitaran sekeliling dyorang . Ketara sangat ! Sampaikan bila kita panggil atau suruh la buat apa pun ….jenuh la Sal terjerit . Pendekatan yang Sal ambik , No Gajet Please!

Langkah kedua ..  Jangan larang bila anak nak bantu kita . Ada separuh parents akan lihat perkara ni agak leceh . Yelah … anak masih kecil nak minta ambilkan air pun tak pandai . Pegang air dalam cawan pulak ditumpahkannya . Bila tumpah .. dah bertambah keja kan ? Pernah Sal alami sendiri , Khaleef tertumpahkan air dan dia sendiri berlari ke dapur nak ambik tuala lap . Sal tanpa selidik terus marah Khaleef … alahai . Walhal anak nak tolong lap je . Kita yang tak tahu menahu dah marah kan anak .. lepas marah baru tanya kenapa . Sedih lak rasa.

Langkah seterusnya .. Jangan lupa bagitau dan terangkan pada anak  bila bantu kita sebagai ibu ayah ni dapat pahala . Bila anak bantu kita tak kisah dalam apa jua perbuatan … pujilah dia . Sematkan dalam jiwa mereka , bila mana perbuatan tolong ibu ayah ni sangat terpuji dan dimuliakan di sisi agama . Insya Allah .. Sal amalkan dan jadikan sebagai tabiat ke atas anak anak .

Idola anak lelaki tentunya ayah kan ! So pada para ayah , sila jangan malas ya . Nanti anak menurut . Sama jugak dengan marah .. jangan selalu marah sebab anak akan jadi pemarah . Seandainya nak anak anak yang rajin makanya ayah kena rajin jugaklah ya masuk dapur ke .. jemur kain ke …atau masak … hurmmm bonus tu ! hehehe

Jangan berlengah .. mula kan dari sekarang . Yang lepas biarkan lepas . Masih belum terlambat untuk diperbaiki . Apa yang penting , sebagai ibu bapa ,proses pembelajaran itu perlu secara berterusan . Haaaa jangan buat ‘ dek ‘ udah la ye . Dari umur anak baby kita dah boleh didik . Terkadang tu kan .. bila anak disuruh buat something jangan pulak rasa macam mendera ! Kita bertujuan nak mengajar . Anak anak ni masa kecik mudah nak dilentur .

Ibu Bapa Mencorakkan Anak anak !