| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Baru ni kan , sekolah Khalish ada buat aktiviti Hari Keusahawanan Duit Bertukar Jadi Kupon . Ni bagi Sal la sebab semua aktiviti pembelian kita kena akai kupon .  Sebagai parents , tak kan kita tak nak support aktiviti anak anak kan . Bukan jauh pun sekolah . Khalish awal awal lagi dah mintak duit untuk beli kupon . Zaman Sal dulu tak silap dipanggil aktiviti jualan sempena pasaria . Korang dulu panggil ape ek ??

Pepagi Sabtu Khalish dah tersedar . Kejutkan semua yang tengah sedap berselimut !! Semangat betul dia . Khaleef yang tengah syok men’tido pun dia kejutkan . Suruh mandi cepat bagai . Siap pakaikan baju . Khaleef pun ngikut je . Sepantas kilat semua anak anak ibu dah siap termasuk Khalaf . Cayalah Khalish , Terbaik !!

Dipaksanya Sal & Mr Hubby cepat siap gak . Makanya memang tak sempat Sal nak siapkan breakfast . Semua beli kat sekolah je . Masa datang tu kereta memang dah banyak la parking kat tepi jalan sekolah . Membebel terus Khalish sebab ibu dipersalahkan . Ibu yang lewat . Anak oh anak ! Memang la lewat nak oiii … ibu ni perempuan . Nak pakai tudung bagai . Colet make up sikit biar nampak berseri kan . ahakssss ..

Hari Keusahawanan ... Duit Bertukar Jadi Kupon
kita breakfast dulu ya !!
Hari Keusahawanan ... Duit Bertukar Jadi Kupon
ibu selfie dulu ya ..

Guna kupon di Hari Keusahawanan … Duit Bertukar Jadi Kupon

Lepas breakfast , alas perut .. terus anak anak ajak main permainan yang disediakan . Cara bayar macam biasa .. guna kupon . Boleh tahan jugakla harga setiap permainan yang disediakan . Disebabkan dah beli kupon , so kita perhabiskan jela ye . Dan ,  sebelum nak terjah setiap permainan kena beratur la . Alhamdulillah , rezeki Khalish dan adik adik . Kebetulan ‘bff’ dia dah dok beratur dan ada kupon lebih . Makanya dapat la merasa cepat ! Ce tengok aksi dibawah …

Hari Keusahawanan ... Duit Bertukar Jadi Kupon
kemain suka ha … gasak khalish and the geng !!

Punyala suka tak terkata Khalish dan Khaleef . Tertonggeng dalam water ball tu . Khalaf dah dibelikan jugak tiket tapi takooottt .. geram gak Sal tapi tak nak la paksa . Khalaf dok ngidam nak masuk dalam ‘kolam’ . Sah sah bukan kolam mandi nak oiiii .. tapikan dalam Sal tak sedar .. ce tengok ni ..

Hari Keusahawanan ... Duit Bertukar Jadi Kupon
ingat mandi pool ke nak oii

Khalish yang kecebur dulu .. puas laaa Sal nak mententeramkan Khaleef . Banyak betul persoalan dia …. kenapa Khalish basah ??  kenapa dia tak main water boat ?? Sebelum Khalish lencun , memang dia ada main water boat . Sal tak sempat nak snap gambar sebab melayan Khaleef  . Bukan tak bagi Khaleef join water boat , kang baju basah addoiiii , satu hal nak melayan . So Sal larikan dia ke tempat lain , yang lebih tenang dan jauh dari air . huhuhu

Apa pun kehendak anak anak , selagi mampu Sal usahakan . Zaman kanak kanak biar dyorang explore . Jangan ditahan tahan . Tapikan , kesian gak Khalish hari tu .. sebab bila kita beli kupon .. ada cabutan bertuah . Tak kan nak tunggu sampai petang kan . Takde rezeki lagi nombor kupon Khalish naik . Bertanya la jugak dia . Sal kata nanti balik kita singgah kedai beli jajan .

Bersabarlah dengan kerenah anak anak . Pasti ada hikmatnya !