| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Weekend baru ni Sal dan anak anak ke Taman Eko Rimba , Bukit Nenas . Ingat tak sebelum ni Sal penah share tentang pendaftaran Kids Eco Dash Fun Run . 1st time anak anak Sal join Fun Run . Memang dah terniat lama nak join cuma tak berkesempatan lagi . Punya la semangat  anak anak pagi  Sabtu tu , awal betul bangun . Marah Khalish sebab ibu siap lewat . Biasa laaa , ibu kan perempuan … hehehe. Dari semalam lagi Khalish dok cakap nak join sebab nak dapat Pengalaman Baru Kids Eco Dash 2017 .

Pagi tu Khaleef & Khalaf memberi komitmen yang sangat padu , senang nak dimandikan dan bersiap . Beza betul dengan hari sekolah . Faham je la kan anak anak ni bila kita nak bawak berjalan . Sal kena gerak awal ke lokasi sebab size baju Khalish & Khaleef kena tukar . Rasanya bila follow ukuran yang diberikan oleh penganjur , betul dah . Nasib baju Sal & Mr Hubby as volunteer muat tau !!

Sampai sana terus parking kat bawah , ingat nak naik gak parking kat atas KL Tower tu . Hurmmm … takut lak even habis lewat . Kat atas parking sejam RM4 , belah bawah .. skali masuk RM10 . So bawah je la , lagi pun ada van disediakan untuk peserta . Cumanya kan yang Sal perasan  part masa tu agak tak menentu .

Mungkin pihak penganjur boleh set timing kot untuk letak van banyak sikit sebab bila peserta dah mula ramai agak sesak la jugak . Mujur family yang kongsi transport dengan Sal sporting , sesak sikit tapi idak lerr jauh kan dari bawah nak naik ke atas . Dan jangan tak tahu , time nak turun kami anak beranak termasuk beberapa family blogger turun jalan kaki .. tunggu jugak transport tapi tak nampak bayang . Anak anak pun bila dah kepenatan tau la , mula buat perangai . Sal pujuk anak anak sambil tu bagitau kita buat walkathon .. huhuhu pujuk secara revise psychology !!Alhamdulillah , anak anak follow … kalau tak haru jugak .

Excited Khalish , Khaleef & Khalaf waktu sampai . Pandai penganjur attract anak anak dengan Petting Zoo . Teruja anak anak Sal tengok arnab . Bila anak happy , kita mak pak ni tumpang jugak kan . Khalish mintak nak pegang , Sal tak bagi , dibuatnya melompat keluar nanti .. naye gak cuma Mr Hubby pegang dan sua pada anak anak . Khaleef & Khalaf pun bukan berani sangat .

Pengalaman Baru ... Kids Eco Dash 2017
Seronok tengok anak anak sebab dapat Pengalaman Baru … Kids Eco Dash 2017
Pengalaman Baru ... Kids Eco Dash 2017
ada yang takut nak pegang….sabar je la

Sebelum larian bermula ,  ada sesi warming up untuk anak anak . Terhibur jugak la sebab penganjur yakni Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MoTAC libatkan penari khas untuk menyerikan lagi aktiviti . Kemain anak anak Sal menari ‘Chicken Dance’ & ‘Baby Shark Dance’ .. comel bila anak anak menari . Khalish paling suka masa ni  sebab bff –  kembar dia pun join gak . Khalaf pun sama .

Dah ramai ramai tu kan , Khalish asyik hilang dari pandangan Sal cuma Sal takde la risau sebab lokasi selamat dan agak terkawal , kiranya Khalish tak kan ke mana selain dari area Taman Eko Rimba ni je .Tetiba teringat kisah Khaleef & Khalaf yang lost kat LEGOLAND . Sal tak story lagi ni …

Meh jap kita layan gambar yang Sal sempat snap sebelum larian bermula …

Pengalaman Baru ... Kids Eco Dash 2017
kawan baik Khalaf !
Pengalaman Baru ... Kids Eco Dash 2017
Perlumbaaan Kids Eco Dash 2017 bakal dimulakan..


Bila larian dah bermula , satu cabaran bagi Sal & Mr Hubby . Anak yang masuk larian , kami yang berkejaran nak follow up , yelah bila dah ramai tu terkadang jadi keliru gak . Bukan apa , takut terlepas pandang . Untuk sesi larian by kategori Kids Eco Dash ni , Sal agak berpuas hati sebab ada diselitkan cabaran cuma part yang paling Sal khuatir bila dilepaskan anak anak secara beramai ramai . Bila buat di jalan tar , mau nyer tak risau . Sure ada yang jatuh , berpusu kan anak anak ni bila dilepaskan . Masing masing nak lari laju .

Sal sempat gak bisik dan bertanya dengan salah sorang kru penganjur , semua anak anak akan dapat ke medal untuk larian ni . Jawapannya semua dapat so ingatkan nak la suruh anak anak Sal tenang je ala ala walkathon . Rupanya tak dan nak bagitau , semua semangat dah lari . Dan Sal memang tak sempat pun nak follow track larian anak anak. Cuma tunggu kat garisan penamat . Lagi pun Sal nak ajar anak anak berdikari dan ada di antara parents yang follow anak anak . Ada la jugak kru dan volunteer yang follow , so pandai la Khalish , Khaleef & Khalaf bawak diri !

Pengalaman Baru ... Kids Eco Dash 2017
tak sabar Khalish nak mulakan larian ….

Lucu tengok Khalaf , setenang manusia . Sambil lari penat agaknya . Nak sampai ke garisan penamat Sal nampak dah pegang air mineral . Relax & chill . Semakin mengingatkan diri Sal , anak anak ibu semakin membesar . huhuhu .. Apa pun weekend lepas amat menyeronokkan anak anak . Terima kasih pada pihak MoTAC dan diharapkan aktiviti seumpama ini akan diteruskan di masa akan datang dengan sedikit penambahbaikan agar lebih sukses .

Jom tengok anak anak Sal dengan medal masing masing . Bagai gaya ha !!

Ingat tau .. ada masanya , ruang dan peluang yang ada perlu digunakan sebaik mungkin bersama keluarga !!