| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat |

Bila dah akhir tahun ni .. rata rata TASKA @ TADIKA @ PRA SEKOLAH akan adakan Majlis Graduasi a.k.a konvokesyen . Comel je kan , kekecik dah dapat merasa pakai jubah . Zaman Sal dulu takde pun . Ade takde , just jamuan ringkas dan dapatla sorang sekeping sijil . Yelah , dulu dan kini mana nak sama untuk selamanya kan !! Meh nak story Majlis Konvokesyen PraSekolah Khaleef Tema Bollywood .

Tema Majlis PraSekolah Khaleef untuk tahun ni adalah BOLLYWOOD .. yang lepas Khalish punya tema FAIRY TALES . Kena cari baju ala bollywood untuk Khaleef . Takdela susah sangat nak cari baju .. kebetulan ritu baru lepas bulan perayaan Deepavali . Terus ajak Mr Hubby ke Jalan TAR . Melambak pilihan , duitnya saja . Dah alang alang anaknya ber’ bollywood .. ibunyer nak jugak ! huhuhu .

Sal bukan apa .. cehhh cover line . Untuk Pra Sekolah kalini Sal dilantik jadi Timbalan Pengerusi PEWARIS . Maka , keaktifan tu kena lebih sikit . Mana yang mampu kita support untuk sekolah , lakukan ! Ibu Bapa kan sebagai penggerak dan nadi kepada kecemerlangan sekolah . Ada jugak Sal buat survey dengan sekolah area Sal . Maklum balas yang Sal dapat , peranan Ibu Bapa ni sangat penting .. sila jangan harapkan Cikgu 100% yer . Sama sama kita corakkan anak anak menaiki tangga kejayaan !

Seronok Bila Khaleef Menari Tarian Janam Janam

Ok , berbalik pada Majlis Graduasi Pra Sek Khaleef , semangat betul Khaleef pagi tu . Sal beli baju simple je untuk Khaleef dan untuk diri Sal sendiri pun simple gak sebab ada tasking nak kena dok atas pentas . Mula pikir nak pakai baju biasa je .. tapi sekali sekala apa salahnya kita ikut tema .. bukan selalu pun .

BACA JUGA: Pra Sekolah Beri Pelbagai Pendedahan Awal

Untuk persembahan , Khaleef masuk tarian bollywood “janam …janam” . Comel je menari , ibu pun tak pernah masuk persembahan menari . Kagum dengan teacher yang sabar mengajar anak anak menari . Terhibur gak bila tengok keletah anak anak ni menari … semua ada pasangan … huhuhu . Meh tengok ..

Konvokesyen PraSekolah Khaleef Tema Bollywood
pandai rupanya anak ibu ni menari tarian bollywood ..huhu

Amacam ?? Kemain lagi Khaleef menari . Lepas persembahan , anak anak PraSekolah diberi sijil tamat PraSekolah . Tasking Sal bagi sijil pada anak anak . Sorang , sorang datang naik pentas , syok tengok baju dyorang … comel sebab ¬†follow tema . Part paling best bila anak sendiri terima sijil ..

Konvokesyen PraSekolah Khaleef Tema Bollywood
ciuman Khaleef untuk ibu … sayu lak rasa hati sebab anak dah besar…
Konvokesyen PraSekolah Khaleef Tema Bollywood
kita bergambar dulu yea …
Konvokesyen PraSekolah Khaleef Tema Bollywood
dapat sijil sebagai Timbalan Pengerusi PEWARIS PraSekolah ..

Majlis dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama AJK PEWARIS dan semua parents yang hadir sangat sangat terhibur . Alhamdulillah !! Keceriaan itu yang penting sebenarnya pada Sal tambah bila tengok anak anak happy sakan . Banyak juga la hadiah Khaleef dapat . Ibu tumpang bangga dengan pencapaian Khaleef di peringkat PraSekolah .

Konvokesyen PraSekolah Khaleef Tema Bollywood

Konvokesyen PraSekolah Khaleef Tema Bollywood
Kenangan bergambar di Majlis Konvokesyen PraSekolah Khaleef Tema Bollywood

Semoga anak anak ibu & papa sentiasa dibawah lembayung keredaan dan rahmat Allah SWT . Jadilah anak yang soleh dan sentiasa berbakti untuk agama , bangsa dan negara kelak  !!