| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Ramai para graduan muda – ‘fresh’ yang rasa zaman sekarang mudah nak dapat kerja kan .. hakikatnya agak sukar sebab persaingan terlalu ramai . Dan Sal dapat merasakan yang ada extra skill akan berjaya merebut peluang pekerjaan . Bila kita bercakap tentang ‘resume’ , jangan pandang remeh dan tolong ya jangan sesekali copy & paste ! Meh Sal nak share Tips Mudah Dapat Kerja Untuk Graduan !!

Tips Mudah Dapat Kerja Untuk Graduan
Melalui pembacaan pun korang boleh jadikan panduan – Tips Mudah Dapat Kerja Untuk Graduan

Rata rata majikan kini lebih sukakan graduan yang peka terhadap isu semasa . Tak kira dari segi perkembangan teknologi , ekonomi dan adakalanya pandangan terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan . So , kena bersedia ya . Pembacaan itu penting sebab bila majikan bertanya selalunya nak jawapan yang bersesuaian dan logik . Bila jawapan yang diberikan sambil lewa .. teragak agak , haaaa .. guane  ???

Agak agak boleh lepas tak sesi interview tu  ??

So melalui pembacaan Sal , terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan panduan agar dipermudahkan ruang dan peluang untuk graduan baru mendapat pekerjaan seperti berikut:

Khusus – Setiap resume perlu dibuat khusus untuk company yang dimohon sebab lain company , lain pengkhususannya.

Jadilah berbeza – Perlu jadi calon yang berbeza dan membolehkan majikan nampak akan perbezaan itu . Jika terdapat perbezaan itu , memudahkan majikan memilih bakal pekerja mereka

Bersedia – Buat persediaan rapi semasa hadir sesi interview agar sesi soal jawab berjalan dengan lancar . Jangan pulak bila ditanya nanti tergagap nak jawab atau senyap . Melepas la korang

Adab – Masa tulis resume tu , sila buat dengan penuh berhemat dari segi penulisan. Bila hadir sesi interview pun sama gak . Jawab dengan penuh kesopanan dan tatasusila . Selitkan confident diri sikit . Ini tersangat la penting sebab ramai majikan yang memerhatikan calon dari sudut pandangan adab .

Berusaha – Doa dan tawakal , kunci kejayaan utama selepas berusaha . Jangan stress sebelum berjaya memiliki sesuatu yang diingini .

Tip Mudah Dapat Kerja Untuk Graduan
remember this !! – Tip Mudah Dapat Kerja Untuk Graduan

Moga dipermudahkan laluan para graduan baru untuk menceburi bidang kerjaya yang diminati . Jangan mudah putus asa sebelum mencuba . Setiap kejayaan itu bermula dengan kesusahan dan ada kepahitan yang perlu dilalui sebelum menemukan kemanisan .

Semoga berjaya ya !