| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Sekejap je tahun 2017 bakal berakhir . Dalam kita dok sibuk tu , ada beberapa perkara yang perlu kita ingat dan jangan sesekali dilupakan . Harini Sal nak ingatkan diri Sal sendiri dan korang yang budiman tentang Zakat yang merupakan Rukun Islam ketiga . Ia wajib dilaksanakan bagi umat Islam yang berkemampuan jadinya Jom Bayar Zakat … LZS Buka Kaunter sepanjang Disember.

Antara kita sedar atau tidak , pelbagai inisiatif disediakan oleh LZS dan Pusat Zakat berdekatan korang untuk meningkatkan kesedaran dan mendorong korang tunaikan kewajipan ini sampaikan kaunter dibuka sepanjang bulan Disember . Ada jugak yang dah sedar tapi buat tak reti je . Terpulang la yek . Nak kata susah sangat bayar zakat , isshhhh tak susah dah sekarang ni . Bagi yang tak sempat atau tak boleh nak online … boleh datang ke Cawangan LZS berdekatan . Weekend pun bukak .. so no excuse ya !!

Jom Bayar Zakat ... LZS Buka Kaunter Sepanjang Disember
Jom la kita kongsi rezeki…

Keunikan Kempen Dakwah Informasi dan Dakwah Galakan Pusat Zakat Selangor

Bagai dah kaedah pembayaran zakat seiring dengan perkembangan teknologi semasa , bukan apa .. semua ni nak memudahkan korang . Tak perlu nak bersesak cari parking , buang masa .. nak kena bagitau bos , keluar kejap dari office . Tak pasal kang bos tarik muka , kita nak buat kena pun tak senang kan ??

Kalau korang nak tau , Pusat Zakat Selangor telah aturkan kempen dakwah umum kepada masyarakat untuk menyemarakkan kesedaran dan semangat nak berzakat . Kempen ada dua iaitu Dakwah Informasi dan Dakwah Galakan . Unik tak ?

Kempen dakwah informasi merupakan penyaluran maklumat terkini mengenai perkembangan semasa pengurusan zakat di Selangor termasuk informasi berkaitan produk produk zakat . Contoh kempen terkini adalah Pengemaskinian Fatwa Kutipan Zakat 2017 serta taksir zakat harta individu . Berkuatkuasa pada 1 Muharram 1439H , kita disarankan untuk semak kembali taksiran zakat harta ya especially yang dok dekat Selangor .

Bagi tujuan galakan , Zakat Selangor turut laksanakan ‘ground field’ dimana ia melibatkan dua kempen tersebut dengan menggunakan hashtag #kongsirezeki . Bukan apa , sebagai peringatan bagi pengeluar zakat yang mana setiap daripada rezeki yang diperolehi adalah hak asnaf yang perlu dilunaskan .

Kempen dakwah galakan pula adalah kolaborasi Zakat Selangor dengan rakan strategik bertujuan untuk menghargai pengeluar zakat . Ia dilaksanakan melalui kempen 8 to 8 . Melalui kempen ini diharapkan agar masyarakat sedar dan mula berzakat serta menambah caruman buanan zakat mengikut taksiran terkini melalui Skim Potingan Gaji . Kempen galakan bayaran atas talian juga dilaksanakan dengan kerjasama Bank Islam dan MyEG .

So , sedikit sebanyak melalui perkongsian Sal ni … harapnya korang faham ya . Bukan apa , kempen kempen yang dilaksanakan ni memang memberi kebaikan dan membantu pihak LZS dalam kutipan zakat . Secara tak langsung beri kesedaran dan maklumat kepada masyarakat part kategori zakat yang wajib diitunaikan . Makluman melalui kempen dakwah juga mampu mendorong masyarakat untuk menunaikan zakat dan meneruskan bayaran di masa akan datang

BACA JUGA: Silaturahim Membawa Ke Syurga 

Untuk penjelasan lanjut , korang boleh layari > zakatselangor atau FB > zakatselangor