LAZZ Susu Kambing … Pilihan Terbaik Seisi Keluarga| Assalamualaikum Sahabat !!

Korang suka minum SUSU KAMBING tak ?? Macam Sal cukup tak suka , sebelum ni pernah gak rasa tapi tak tahan part ‘bau’ tu . Aduyaiiii ..  bukan Sal tak cuba tapi still ‘tekak dan hidung’ takleh terima . Tapikan … Sal suka ambik tahu tentang khasiat susu kambing sebab susu kambing mempunyai banyak manfaat dan bagus untuk pertumbuhan dan proses pembentukan tubuh manusia . Paling best bila dapat tahu protein yang terkandung dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada susu lembu . Sejak ada anak anak ni kena ambil tahu part susu selain untuk diri sendiri bila dah cecah umo 30’an ni haaaa . Meh Sal nak share skit kenapa susu kambing mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kini .

KHASIAT SUSU KAMBING

  • Tidak mengandungi jenis protein (beta-casein & alpha-casein protein) yang menyebabkan alahan
  • Protein yang terkandung dalam susu kambing adalah 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting
  • Gabungan kalsium & fosforus (calciumphosphate) yang merupakan komponen penting bagi membentuk struktur dan kekuatan tulang
  • Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing dan selenium dikatakan sebagai senjata melawan kanser . Kajian yang dilakukan oleh Dr Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplement selenium mengurangkan risiko kanser paru paru  dan sebanyak 46% kanser usus .
  • Susu Kambing penting untuk kesuburan lelaki dimana ia diperlukan untuk pertumbuhan sperma normal .
  • Trace Mineral merupakan komponen antioksidan protein yang mampu mengawal dan mencegah sel akibat radikal bebas , mengawal sel kulit dari sinar UV dan amat penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan .

Banyak kan khasiat dalam susu kambing ? sebenarnya banyak lagi cuma  ni baru sikit tau Sal share . Korang cari gali lagi ya … dan bila baca part khasiat ni , memang rasa meluap nak consume susu kambing . Sampaila ada satu hari tu Sal tertarik nak try LAZZ Susu Kambing . Rasanya korang pernah dengar dan silap silap hafal kot lirik lagu iklan dia … hehehe. Tarikan iklan memang kuat wooooo !!

KENAPA LAZZ SUSU KAMBING ??

Agak korang la kan kenapa Sal teruja sangat nak try LAZZ Susu Kambing ni . Sebenarnya Lazz Susu Kambing bukan hanya terdapat dalam perisa asli (original) sahaja malahan terdapat LazzChoco , LazzCafe dan ada juga asli campuran kurma , dah tentu Sal akan tertarik dengan LazzCafe . Sesungguhnya diri ini tak boleh nak berpisah dengan coffee ..huhuhu … Bila umur dah 30 an ni faham jela kan.. memang takleh ‘berjauhan’ . Tapi , disebabkan Sal ni masih lagi menyusu badan jadinya Sal kena buat pilihan yang terbaik . Apa yang Sal consume akan turun pada anak melalui titisan air susu badan .  

Bila dah try secawan LazzCafe , walllaaaweehhhh rasa dia memang terbaik dan yang penting takde ‘bau’ langsung . Maksud Sal bau hamis tu . Alhamdulillah , akhirnya Sal berjaya minum ‘susu kambing’ , yeayyyyyyyy … pilihan terbaik dah jumpa sebab ada campuran susu kambing dan kurma . Nak sedap lagi kan, Sal campur skit dengan choco , jadi LazzMocha gitu … haaaaa , nampak tak keistimewaan rangkaian produk Lazz Susu Kambing ni dan amat bersesuaian dengan tagline yang dimiliki …. “Yakini Khasiat Semulajadi” . Sal sarankan yang LazzCafe sesuai sangat diambil oleh penggemar kopi sebab kandungan caffeine di dalam LazzCafe hanyalah sedikit .  Anak Sal pun ok je , perutnya tak meragam bila Sal consume LazzCafe .

Tak pening dah Sal lepas ni nak cari produk tenusu untuk kesihatan sendiri . Semakin umur meningkat , semakin banyak yang perlu dijaga especially yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan kan ?? Susah jugak hati sebelum  sebab dok fikir part kekuatan tulang badan sendiri . Dahla tak berapa suka nak minum susu . Bila consume Lazz Susu Kambing , Sal tarik nafas lega la jugak selain dapat mengamalkan makanan sunnah setiap hari !

Kelebihan Lazzcafe yang perlu korang tahu:

  •  Mampu hilangkan simptom ketagihan Caffeine seperti : Migrain, Gastrik, dan Angin berlebihan dalam tubuh
  • Menyihatkan sebab terkandung Khasiat Susu Kambing dan Kurma di dalamnya dan sesuai untuk semua peringkat umur juga warga emas
  • Sesuai untuk para suami sebab Lazzcafe membantu melancarkan aliran darah, dan memberi tenaga. (Kalau suami banyak buat kerja berat, mula mula minum akan rasa mengantuk dulu)
  • Biji Kopi Asli Kampung yang dipanggang tanpa minyak. Wanita berpantang minum, bantu hindar ‘Water Retention’ atau kegemukan air
  • Coffee ini sangat Mild je (tak pekat) jadi sesuai untuk wanita yang hamil, berpantang dan menyusukan.
  • Lazzcafe mengandungi Antioksidan yang membantu mencegah Jeragat ! dan baik untuk fungsi sistem tubuh
  • Lazzcafe juga dapat membantu meningkatkan kesuburan dan kualiti sperma !

Jangan fikir panjang lagi ya … tak cuba, belum tahu !! Dah try nanti tahula kehebatan LazzCafe ni !!

LAZZ ASLI VS LAZZ CAMPURAN KURMA

Lazz Asli lebih plain berbanding Lazz Kurma. Masa Sal rasa Lazz  Original , memang tawar dan creamy . Minum dengan kadar yang sangat laju tapi still tekak boleh terima lagi …heheheh . Bila minum Lazz Kurma pulak ,  lebih ‘ada rasa’  berbanding dengan Lazz Asli . Haaaa yang ni Sal minum sambil ‘menikmati’ sebab korang pun tahula sifat kurma tu kan …sedap je lalu kat tekak . huhuhu …

Kalau korang nak tahu , pihak syarikat menggunakan pati ekstrak kurma yang berkepekatan 30 hingga 100 biji kurma dalam Lazz Kurma . Boleh bayang tak ??? Tapi jangan risau , warna susu kekal putih lagi sebab serat kurma yang berwarna coklat tidak diletak sekali . Jika disimpan akan mengganggu kandungan susu atau dalam erti kata lain akan meyebabkan susu berbubuk bila tersimpan lama . Walaupun ekstrak tu nampak putih, tapi kandungan nutrisi masih tinggi jika dibanding dengan Lazz Asli ..  Ekstrak kurma ni ada warna keperangan jika lihat pada serbuk. Tapi ada jugak batch yang kurmanya lebih lembab dan gelap. Batch tu kurmanya lagi jelas nampak keperangan. Ada batch yg kurmanya kering . Bila jadi ekstrak pun tak pekat sangat warna dia. Tapi jangan risau sebab kuantiti masih sama .

Lazz Asli pula kelebihannya terletak pada originality daripada susu kambing sahaja dan lebih pure . Sesuai sangat untuk mereka yang tak suka gula dan senang citer yang tak nak ada gula dalam diet harian. Lazz Asli sangat menyihatkan sebab takde sucrose … dan boleh mix sebagai pengganti krimer dalam cafe. Kawan Sal dah try dan sedap jugak !! 

Mai secawan …

PAKEJ LAZZ SUSU KAMBING

Opss … kang Sal lupa lak nak share tentang  Pakej  Lazz Susu Kambing . Sebelum tu Sal nak bagitau yang LAZZ ni menggabungkan kebaikan Susu Kambing dan Kurma  . Ia di patern kan menjadi Orgamilk , bermaksud Organik & Milk kerana sumber bahan mentah diperolehi daripada Holland dan susu kambing dihasilkan secara organik.  Secara semulajadinya, terdapat banyak kebaikan pada Susu Kambing dan Kurma . Korang mesti aware kan !!  Pihak syarikat sentiasa menjalankan kajian dari semasa ke semasa terhadap susu kambing dan kurma agar ia bersesuaian untuk semua peringkat umur dan keluarga  . 

Antara kempen yang sedang dilaksanakan seperti berikut:

PAKEJ 1 – Kempen Lazz : SET SEJOLI (Lazz Kurma untuk Isteri, Lazzcafe untuk Suami)
– Membantu Pasangan Suami Isteri Ikhtiar Zuriat, membantu kesuburan . Feedback dari pengguna 200-300pasangan berjaya hamil , bantu masalah period tak regular , keputihan .

PAKEJ 2 – Kempen Lazz : Set Mak Buyong (Lazz Kurma + LazzChoco) 
– Salah satu langkah ikhtiar elak bayi lahir terkena kuning. Setakat ni takde kajian saintifik yg buktikan tapi kami hilightkan word ikhtiar sahaja . Beri tenaga, mengeluarkan angin kurangkan loya dan pedih ulu hati . Naikkan HB .

PAKEJ 3 – Kempen Lazz : (Set ibu gembira LazzCafe+ LazzKurma+ LazzChoco)
– Sesuai untuk ibu berpantang & menyusu badan
– Membekal kalsium untuk ibu, membantu menambah susu badan , kandungan iron semulajadi untuk kurangkan keguguran rambut.

PAKEJ 4 – Kempen Lazz : (Set Lala A+ , Lazz Kurma+ LazzChoco) 
– Sesuai untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas
– Alternatif protein rendah risiko alahan dan sesuai untuk anak yg masalah lactose intolerance
– Tambah selera makan
– Tiada DHA tambahan kerana kurma juga adalah brainfood.
– Bantu masalah kahak dan eczema.

PAKEJ 5 – Kempen Lazz : (LazzCafe + LazzChoco) 
(Cafeine Addict)
– Ganti ambilan Kopi harian dengan alternatif lebih sihat terdapat kebaikan susu kambing dan kurma Lazzcafe .
– Lazzcafe = kopi latte. Rasa well blend kopi dengan susu.
**bancuh lazzcafe sahaja atau mix dgn lazzhoco jadi mocha.

KATEGORI 6 – Kempen Lazz (Lazz Asli + Lazz Kurma)
(Diet tanpa Sucrose)
– Lazz Asli tak mengandungi gula putih, rasa sangat plain tapi masih creamy. Bagus untuk diet turun berat , ibu hamil , anak anak full breastfeed atau anak yang baru putus susu badan boleh try Lazz Susu Kambing , juga sesuai untuk mereka yang ada pcos/cyst, eczema.

Pilihan terbaik di tangan anda !! Jangan takut untuk cuba sesuatu yang baru , Lazz Susu Kambing ni HALAL . Untuk maklumat lanjut , korang boleh take note butiran dibawah ni:

FaceBook : LAZZ Susu Kambing
InstagramLazzSusuKambingHQ
Tel : 013 308 3354 | 018 2777 290
LazzDelivery : (sila klik)