| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Anak anak masih dalam mood cuti sekolah . Dah tentu la kan . Sal pulak … pun sama kot . Bila anak dah sekolah , lain pulak fokusnya . Sebelum ni time rasa nak cuti , bila bila boleh tapi bila anak dah sekolah … ada hadnya . Takleh la suka suka nak cuti , sian kat anak anak . Tak kan nak monteng manjang . Jadinya , kita kena tukar pulak , gunakan cuti sekolah a.k.a cuti hujung tahun sepenuhnya . Bagi yang kerja , kena la tolak ansur dengan rakan rakan sepejabat atau seangkatan dan depends on bos masing masing . Knowing Sal , bos pada kebiasaannya faham dan luluskan sebab masa bila lagi nak habiskan cuti yang sedia ada , dan untuk itu dapatla kami sekeluarga  mengambil Percutian Singkat di Cameron Highlands .

Cakap pasal cuti ni kan … dua minggu lepas Sal sekeluarga naik ke Cameron Highlands . Lama dah tak ke sana . Unplanned sebenarnya , kebetulan Mr Hubby outstation jadinya ‘sambil nyelam minum air’ . Bos dah bagi green lite , syukur alhamdulillah .. seriously memang last minute !!  Thank you bos ..huhuh . Sal pun agak kelam kabut jugak  la kemas beg baju after balik koje . Sumbat mana yang boleh dan yang penting baju anak anak . Dah macam ala backpackers gitu  . Pegi pun tak lama , tido dalam 2 malam . Mula tu macam agak malas nak follow sebab terkejar masa tapi dok pandang muka anak anak , kesian la pulak . Bergegas la kemas mana patut . Janji anak anak happy kan !

Percutian Singkat di Cameron Highlands Bersama TRAVELOKA

Seawal pagi kami gerak keluar dari rumah sebab nak elakkan jammed . Mood anak anak semua under cover dan masing masing tak sabar nak sampai ke destinasi . Sebelum ni pernah pegi Cameron cuma time tu semua kecik lagi dan tak gheti ape pun .. now macam best sikit la bila dah besar dan faham erti ‘jalan jalan’ ..hahaha

Percutian Singkat di Cameron Highlands
Alhamdulillah..perjalanan kami sekeluarga dipermudahkan..

Percutian ke Cameron kali ni , Mr Hubby guna khidmat TRAVELOKA . Mudah je bila dah ada Traveloka App ni . Sempat la Sal sembang dengan Mr Hubby , kenapa pilih Traveloka ..katanya mudah dan murah … memang ye pun .  Kami sekeluarga pilih menginap di area Brinchang sebab kesesuaian lokasi yang dekat dengan pasar malam (dekat sangat sangat ) dan yang penting mudah Mr Hubby nak ke tempat meeting . Dreamscape Apartment, Golden Hill Brinchang not bad la  .. ada fridge , microwave tapi takde kettle electric tu je . Boleh laaaaa … asalkan mudah nak beli makanan . Sejuk sejuk ni ,perut cepat lapar woooo … Kemain suka anak anak Sal lepak kat apartment .. layannnn

Percutian Singkat di Cameron Highlands
kita lepak dan relax …
Percutian Singkat di Cameron Highlands
seronok tengok si comel ni..busy sangat cuti-cuti Malaysia ni

Nasib Baik Sempat Ke Taman Agroteknologi Mardi

Untuk trip Cameron kalini tak sempat nak kemana sangat sebab cuaca agak tak mengizinkan . Sal sempat bawak anak anak ke Taman Agroteknologi Mardi je . Boleh la anak anak tengok bunga dan pokok pokok . Yang lain memang tak sempat sebab hujan lebat sangat . Dalam hujan tu jugak balik apartment . Tak kan nak tunggu , perut pun lapar . Better jalan terus cari makanan .. kihkihkih .. Nasib la sempat ketik fone untuk kenangan . Part gambar mana boleh tinggalkan … so dapat la jugak untuk kenangan Sal sekeluarga .

BACA JUGA: Percutian Santai di PARKROYAL Kuala Lumpur

Percutian Singkat di Cameron Highlands
My Lil Handsome ..
Percutian Singkat di Cameron Highlands
Buah hati kesayangan hamba … luv u alls
Percutian Singkat di Cameron Highlands
percutian baket yang singkat tapi menyeronokkan..

Dan paling yang Sal tak akan lupa nak bawak balik adalah ….

Percutian Singkat di Cameron Highlands
Sampai rumah tak lengah buat strawberi coklat … kihkihkih

Sayuran pun Sal sempat jugak beli .. wajib tau ‘shopping’ sayur kat Cameron . Rugi tak beli sebab sangat fresh dan murah !! So , setakat ni je yang dapat Sal kongsikan percutian singkat Sal bersama anak anak . Ada juga perancangan nak bawa anak anak ke laut … doakan ya next trip Sal ..

Masa bersama keluarga adalah peluang yang amat berharga !!