Sunway Lagoon Water Park Percutian Singkat Yang Menyeronokkan – Baru ni Sal sekeluarga sempat bercuti di Sunway Lagoon . Memang tak pernah pegi pun dan buat pertama kalinya Sal jejak kaki ke sana . Terkasima jugak la bila masuk sebab kawasan Sunway ni amatlah  besar dan Sal dah mula terbayang tentang keselamatan anak anak .. huhuhu . Anak tengah membesar ni kebiasaannya minat nak explore mereka ‘amat luar biasa’ dan di luar kotak pemikiran kita.

Sesampai je di Sunway Lagoon , keadaan masih terkawal walaupun dah ada pengunjung yang lebih awal dari kami untuk dapatkan tiket masuk . Kena awal sebab nak elakkan kesesakan dan biasala bila anak anak dah nampak air , tak tentu arah jadinya dan kita pun jadi kelam kabut nak kawal .

Punyala gembira anak anak Sal .. terus nak tukar swimming suit . Seronok tak terkata sebab ada ‘beach’ dalam Sunway ni rupanya . Jangan kata anak , Sal pun dah terikut sama tapi masih boleh kawal emosi lagi … haru lak … kihkihkih.

Percutian kali ni boleh dikatakan ala ‘familyday’ sebab Sal datang dengan beberapa family dari officemate Mr Hubby . Ada la dalam 5 family . Seronok jugak bila sekali sekali gather , faham la kan . Sembang tak hengat .

Apa pun bila di tempat terbuka ni keselamatan anak paling utama . Mata Sal memang tak lepas pada anak anak . Jangan tak tahu , dalam tak lepas tu kan .. tetap ‘lost’ jugak Khaleef sekejap .  Banyak sangat tarikan dalam Sunway ni . Tambah pada anak anak yang suka kan air , memang berbaloi datang sini . Main air sampai keletihan . Jom cuci mata jap dengan aksi anak anak Sal dalam air .

Kalini Sal memang fokus sikit pada Kaariz . Ingat takut air .. rupanya tak langsung . Lama jugakla dia dok dalam air dengan pelampung khas dia yang Sal beli sejak zaman Khalish baby lagi . Tahan betul . Bila ajak naik mengamuk lak dia .. penyudahnya Sal biar dia berendam dalam pool . Agak agak dia jauh ketengah , Sal mintak sape yang ada tolak dia ke tepi . Bila Mr Hubby ada , dia la dok jaga kejap . Selebihnya Sal perhati dari tepi pool .. boleh gitu ?? hehehe

Dan yang paling happy haritu adalah Khalaf !! suka sangat Sal tengok gelagat dia masa kat Sunway Lagoon . Sebelum ni dialah yang paling takut air . Alhamdulillah dah tak takut . Yeaayyyyyy … ibu happy sangat sangat . Maybe sebab selalu bawa dia turun pool  jadi lama kelamaan rasa takut tu hilang sendiri .

sunway lagoon

Sal tak sempat sangat nak snap gambar dan follow Khalish & Khaleef sebab dyorang dah follow family bff rounds area lagi . Nasib jugak la bercuti dengan family lain , atleast Khalish dan Khaleef sempat ke tempat lain . Nanti Sal sambung story lagi ya . Tu pun tengok pada kerajinan … huhuhu

Kegembiraan anak anak adalah satu kepuasan pada Sal . Tak perlu jauh pun nak bercuti sebenarnya dan sila ikut kemampuan sendiri !!