Wooden Intelligence Cambah Kreativiti Anak Anak – Korang penah dengar tak Wooden Intelligence ? Haaaa … Sal pun baru ni je tahu . Tu pun lepas dapat dan anak anak teruja lak buat . Yang kita ni bila tengok anak bersungguh buat … tumpang sekaki je la .

Betul Ke Wooden Intelligence Cambah Kreativiti Anak Anak

Zaman dulu mungkin ada tapi tak mampu nak beli . Nak banding dulu dengan zaman sekarang ni memang teramat jauh bezanya . Permainan sekarang rata ratanya mengikut perkembangan semasa dan sebagai parents kita perlu bijak memilih . Tak semestinya beli yang terlalu mahal dan yang murah tu bukanlah tak elok langsung kan !! Jadinya ada beberapa sebab Sal katakan Wooden Intelligence Cambah Kreativiti Anak Anak

Bersungguh betul dua beradik ni buat Wooden Intelligence …moga bercambah kreativiti anak anak ibu ya !!

Sal pun untuk permainan anak anak , asalkan boleh menguji minda dan berbaloi Sal akan grab . Rasanya , mak pak yang lain gitu jugak kan ?? Meh kita tengok jap keistimewaan Wooden Intelligence dan kenapa Sal recommended sangat sangat …

Keistimewaan Wooden Intelligence Untuk Anak Anak

Kreativiti anak anak akan lebih terserlah dalam menyusun bentuk yang menjadikan ianya sangat seronok dimain secara tradisional . Macam Khalish & Khaleef bebas untuk menyusun apa jua bentuk mengikut imaginasi masing masing . Untuk Wooden Intelligence , ada jugak disertakan contoh gambaran reka bentuk dan anak anak boleh follow ikut gambarajah yang disertakan .

Bukan setakat tu je .. anak anak boleh jugak menyusun atau masukkan balik setiap wooden tu  ke dalam kotak kayu tu balik . Cuba la korang try tanpa refer pada gambarajah sebenar .. Sal rasa kita yang dewasa ni pun boleh tertewas … huhuhu

Best tak ?? Wooden Intelligence ni idakle mahal sangat pun, hanya  RM30  (Kos Pos SM RM8, SS RM12) . Siap dapat extra wooden tau .. cuma size kecik skit  .. ok la kan .

Musim cuti sekolah ni terkadang tu buntu jugak nak cari permainan anak anak . Korang jangan risau ..sekarang ni kita order online jaa . Meh cuci mata jap kat EduKidsZone . Nak PM Sal pun boleh atau whatsapp dengan team EduKidsZone pun boleh . Nyatakan KOD KUPON DISKAUN SalinaEduKidsZone .