Aplikasi MediTag Checker .. Pastikan Produk Bukan Tiruan | Assalamualaikum Sahabat !!

Korang perasan tak lambakan produk kesihatan yang semakin berleluasa sekarang ni …boleh caya ke produk tu semua .. tapikan , Sal pernah gak terfikir . Kalau takde permintaan , sure produk tu tak masuk dan kalau kata tak berkesan , mesti pengguna tak order kan ??? huhuhu . Bagai persoalan yang timbul . Jadinya , untuk menyakinkan hati Sal ni kan .. Sal rasa better check samada produk ni dapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau tidak dan yang penting kena jugak check melalui aplikasi meditag checker pastikan produk bukan tiruan ..

Pil Kecantikan , Pil Kuruskan Badan , Vitamin C Untuk Kulit Cantik , Pil Gemuk, Pil Hormon , Pil Montok , Pil Putih

Jangan try sembarangan ya kawan kawan !! bukan apa , takut tak serasi dengan condition badan .. ahhh sudah . Jangan cari pasal , sebab kita nak guna lama woo badan . Jangan ikut kata hati okeh …dan cara yang paling pantas korang nak tahu produk kesihatan ni ok atau tak , korang boleh tengok kat pelekat khas hologram tu .

Kenapa Mesti Guna Aplikasi Meditag Checker 

Korang perasan kan bila kita beli produk , kat produk tu akan ada pelekat hologram MediTag 4.0 . Kalau tau produk tu dah takde pelekat hologram , toksah la ngade nak beli ye .  Sebelum nak check hologram tu tulen atau tidak , korang install dulu ya aplikasi MediTag Checker dalam telefon pintar (handphone) korang . Bila dah install , baru korang boleh buat pengesahan ketulenan produk tu .. kita boleh tahu terus samada produk tu dah berdaftar atau tiruan dalam pasaran . Sal dah install .. sekejap je pun , takdela sampai 5 minit .

Antara paparan atau step yang akan keluar di screen fone masa Sal Install:

Dengan Meditag Checker , Pastikan Produk Bukan Tiruan

Bagus bila ada aplikasi gini , takdela kita ter’beli produk tiruan . Tapi Sal rasa sebab harga murah , tu yang pengguna dok kejar beli tanpa fikir kesan di belakang hari . Sebenarnya , KKM sentiasa mencari pendekatan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terjamin seiring dengan perkembangan teknologi telefon pintar kini . Takde alasan lagi bagi pengguna untuk tahu sejauh mana ketulenan sesuatu produk tu melainkan ada yang ‘degil’ dan stilll nak dapat ‘kesan yang cepat’ tanpa fikir akibat yang mendatang …

Aplikasi MediTag Checker ni percuma je tau dan boleh dimuat turun untuk android atau iPhone ..

Sayangi Diri Anda !!