Biasakan Yang Betul .. Betulkan Yang Biasa | Assalamualaikum Sahabat !!

Zaman dan makin maju , dan istilah sekarang pun boleh tahan kan .. korang perasan tak ?? hehehe . Sal pun terkadang tu jadi confius . Tapi kena ambil tahu sebab anak anak . Betul tak ? Kang anak tanya , tak kan nak senyap je . Pembelajaran sekarang bukan macam dulu dulu  so dari situlah Sal tersedar yang kita ni kena biasakan yang betul dan betulkan yang biasa ..

Kerap juga bertukar dan ni memang Sal alert sangat sebab adakalanya Sal gunakan dalam urusan seharian .

Sebelum ni pun rasanya korang dah pernah dengar perkataan “Swafoto” dalam Bahasa Melayu yang bermaksud “Selfie”(English) dan diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) , tak silap last year mula tular dah . Bukan tu je tau , kena peka yang perkataan Swafoto (gambar kendiri) juga boleh ditambah dengan imbuhan seperti ‘berswafoto’ dan ‘menswafoto’ – perbuatan merakam gambar sendiri.


Selain tu , terdapat beberapa perkataan lain yang Sal nak share jugak untuk dijadikan rujukan di masa akan datang . 

Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea

 

EJAAN YANG MENGELIRUKAN

Ejaan bagi perkataan perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan seharian . Berikut merupakan perkataan yang biasa kita gunakan:

1. resepi ❌ resipi ✔
2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
3. istirehat ❌ istirahat ✔
4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔
5. sambilewa ❌ sambalewa ✔
6. dasyat ❌ dahsyat ✔
7. insuran ❌ insurans ✔
8. ambulan ❌ ambulans ✔
9. juwita ❌ juita ✔
10. unggu ❌ ungu ✔
11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔
12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔
13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔
14. redha ❌ reda ✔
15. kerinting ❌ keriting ✔
16. bergu ❌ beregu ✔
17. kontingen ❌ kontinjen ✔
18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔ 19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔
20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔ 21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔
22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔
23. majerin❌ marjerin ✔
24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔
25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔
26. margasatwa ❌ mergastua ✔
27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔
28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔
29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔
30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔
31. mee ❌ mi ✔
32. kuey teow ❌ kuetiau ✔
33. respon ❌ respons ✔
34. sunnah ❌ sunah ✔
35. ramadhan ❌ ramadan ✔
36. leukimia ❌ leukemia ✔
37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij ✔
39. cop nama ❌ cap nama ✔
40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔
41. alergik ❌ alergi ✔
42. ansurans ❌ ansuran ✔
43. urusetia❌ urus setia ✔
44. keretapi ❌ kereta api ✔
45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔
46. naskah ❌ naskhah ✔
47. atlit ❌ atlet ✔
48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara
50. fax ❌ faks/faksimile ✔
51. was-was ❌ waswas ✔
52. stokin ❌ stoking ✔
53. karenah❌ kerenah ✔
54. kemaskini ❌ kemas kini ✔
55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔
57. temu janji ❌ janji temu ✔
57. menghadkan ❌ mengehadkan ✔
58. hajjah ❌ hajah ✔
59. agen ❌ ejen ✔
60. murtabak❌martabak ✔

Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan ya !!

Sumber : Kamus Dewan Edisi  ke-4.