Kelas Belajar Buat Blog Dengan WordPress Dan Teknik SEO | Assalamualaikum Sahabat !! 

Masa mula mula Sal berkecimpung dalam dunia blog , Sal hanya tahu tentang blogspot . Dok cari melalui GOOGLE berkenaan hal ehwal blogspot . Sampai satu ketika , dalam tahun 2016 … Sal mula mencari ‘arah dan tujuan’ dalam dunia blogger . Duduk dalam dunia blog ni dah lama , sejak anak sorang lagi tapi tu la . Kejap kang ‘on’ .. kejap ‘off’ , hehehe . Tapi rasanya masih belum terlewat lagi untuk Sal belajar dan cari kelas untuk belajar buat blog dengan WordPress dan tahu teknik SEO yang sebenar . Dah lama jugak bermain di fikiran ni sampai satu masa yang sesuai

KELAS BUAT BLOG MUDAH DENGAN WORDPRESS

Tak kenal maka tak cinta . Sama je istilah cinta ni dengan jatuh cinta korang tu ha ! Mesti korang tak caye … Meh Sal nak bagi bagitau lanjut tentang kelas buat blog dengan WordPress (WP) yang Sal pegi bersama tenaga pengajar dari MYSCREATIVE .. Bila dah belajar , baru Sal faham apa itu WordPress . Sebelum ni bila kengkawan blogger cakap , kita melangut je dengar …dalam hati macam tahu tapi takdela beria nak amik ‘por’t sangat tapi masa tu dan mula terfikir sebenarnya . Bak kata orang , tak tahu bertanya … nak tahu sila cari ilmu tu . Kelas yang dianjurkan secara berkumpulan dan alhamdulillah Sal dapat fahami langkah demi langkah dan cara nak ber’blog dengan betul . Sebetulnya sebelum ni Sal main ‘taram’ je … huhuhu

WordPress ni dalam bahasa teknikalnya dipanggil ‘Content Management System’ dan digunakan dalam pembangunan laman web . Is bersifat universal di  mana konsep ‘open source’ diamalkan . Melalui WP ni , kita boleh bina pelbagai jenis laman web . Bukan 1 sahaja ya , korang boleh bina website .. blog .. forum atau pun mobile apps . Tak rugi pun korang tahu kenapa blog lebih mudah dengan WordPress ni .

Kelas belajar buat blog dengan WordPress dan teknik SEO
Sal dan Nad .. bersama ‘sifu’ Hafiz dan BamHoque di Old Town Bangsar , langkah demi langkah kami diajar sampai faham !!

PERBEZAAN DI ANTARA WORDPRESS.COM DAN WORDPRESS.ORG 

Yang ni kena hadam lebih sikit ya , terdapat perbezaan sebenarnya antara

  1. WordPress percuma (WordPress.com)
  2. WordPress berbayar (wordpress.org)

Jika korang bangunkan platform website atau blog guna wordpress.com , segala ketetapan sistem telah disediakan oleh WordPress sendiri . Pendaftaran ‘still’ mudah macam kita daftar email cuma ia tidak memerlukan modal untuk HOSTING dan DOMAIN . Tapikan , walaupun PERCUMA , kekurangan yang akan korang hadap bila korang nak ubah blog tu sebab akses sangat terhad . Faham la kan bila dah percuma tu sebab ada sub – domain kepada wordpress.com .

Contoh gini: salinajohari.wordpress.com

Untuk Wordpress.org ,  pulak , ia dibangun menggunakan ‘software’ yang sama macam wordpress.com . Cuma kelebihannya kita boleh ‘customize’ sendiri blog kita tu ikut kesesuaian . Best ‘part’ , penggunaan plugin tanpa had tapi untuk wordpress.org ni korang WAJIB ada HOSTING dan DOMAIN sendiri . Bila dah ada hosting dan domain  tersendiri … nahhh , sistem ‘software’ kita boleh godek secara separa auto atau kaedah manual dalam hosting .. faham ke idak setakat ni ??? huhuhuhu

Jangan risau ,  apa kata korang try dulu register wordpress.org . Baru tahu ‘kenikmatan’ ber’ blog dengan WordPress.orgni . Sal kan bila dah tahu ilmu wordpress ni rasa semangat semacam sebab sebelum ni ingat susah bebenor , rupanya mudah bila kita faham konsep dan macam mana blog dibangun menggunakan platform wordpress . Kalau tak sekian lama bila orang tanya .. guna platform wordpress.org ke?? Kita pun hangguk je tanpa ilmu !

PENEKANAN YANG DIPERLUKAN DALAM WORDPRESS

Dan korang kena ingat ya , tenaga pengajar berkali kali ingatkan Sal tentang beberapa perkara yang perlu kita tekankan dalam’build up’ blog menggunakan wordpress.com iaitu:

  • Pemilihan Domain
  • Pemilihan Hosting
  • Pemasangan WordPress
  • Basic Setting
  • Pemilihan Theme
  • Pemilihan Plugin

Korang jangan pening ya , ke semua perkara ni perlu dipelajari dan dengan erti kata lain , sila cari ilmu dengan pendekatan hadir ke kelas buat blog dengan wordpress dan kalau korang nak tahu , secara tak langsung Sal dapat teknik SEO tau . Rugi jugak kalau penulisan kita hebat tapi kita tak ambil tahu atau ambil pusing mengenai SEO . Opss lupa nak bagitau yang SEO ni sebenarnya Search Engine Optimization . Seriously, bila dah berguru tu kan , bagai persoalan timbul dalam fikiran Sal dan yang paling utama

Kenapa dari dulu aku tak pernah terfikir nak hadir kelas buat blog dengan WordPress dan tahu teknik SEO  !!!

TEKNIK SEO

Mungkin korang kurang yakin kot dengan apa yang Sal ‘story’ tapi untuk menyakinkan korang , boleh baca kat KELAS BELAJAR BUAT BLOG ANJURAN MYSCREATIVE

Sebelum Sal tamatkan entri ni .. ada satu perkara yang Sal nak letak di sini sebagai peringatan untuk diri Sal sendiri . Mengenai pemilihan KEYWORDS bila kita up dalam setiap entri . Nampak macam remeh tapi impak dia sangat besar kepada ‘traffic’ dan pembaca . Kalau nak diceritakan sini terlalu panjang lak nanti . Dipendekkan citer , korang kena ‘attend’ kelas belajar buat blog dengan WordPress dan khatam Teknik SEO … hehehe