Kita Bergerak Dalam Zon Berbeza … Lumrah Dunia | Assalamualaikum Sahabat !!

Tadi Sal terima mesej melalui aplikasi WhatsApp .. sesuatu yang membuatkan sesiapa yang terbaca akan berfikir .. tertanya .. dan ada benarnya . Setiap kejadian yang berlaku itu ada asbabnya dan tak perlu kita pertikaikan kenapa dan mengapa . Sebaliknya perlu reda .. jangan lupa bersyukur dan ingatlah hanya DIA Yang Maha Mengetahui akan segalaNya. Insya Allah kerana kita perlu sentiasa ingat yang kita bergerak dalam zon berbeza … lumrah dunia !

Jom baca ni kejap .. ada sebab kenapa Sal masukkan dalam entri Sal walaupun hanya copy paste ..

Ada yg masih single .. Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah ..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak . Ada yg baru nikah bulan lepas , hari ni dah mengandung.

Ada yg graduasi umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap . Ada juga yg graduasi pada umur 29 tapi lepas graduasi terus dapat kerja jawatan tetap . Tu namanya rezeki .. syukur !!

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal . Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90 . Subhanallah !

Zon masa kita semua tak sama .. jadi tak perlu merasa kita ‘tertinggal’ hanya bila nampak orang lain lebih berjaya , masa kita belum sampai .. OBAMA retired masa umur dia 55 , tapi TRUMP ‘bermula’ pada umur 70 . Hanya zon masa mereka saja yg berbeza. Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun , dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama .. Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama ..

Ada yang ‘depan’ dari kita … Tapi ada juga yang ‘belakang’ kita . Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza untuk kita semua .
Jangan dengki, jangan sakit hati , jangan sedih …
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jangan stress … Keep going .. teruskan dengan apa yang dikerjakan.

Semua Benda Bergerak Dalam Zon Masa Berbeza  … Lumrah Dunia

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNYA.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang , dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang , dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang , ada anak , tapi hanya seorang , pun terfikir , kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang , anaknya semua lelaki …..
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku ???

Ada orang , anaknya semua perempuan , sama juga .
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing .. siapalah yang nak jaga aku nanti .

Apa masalah kita sebenarnya ?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH SWT.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai , cukup nisbah lelaki perempuannya , namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga.

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jangan runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni !!

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan bising masih belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan… “eh nanti tua siapa nak jaga kau.”
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa dalam kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil !!
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat . Kuatkan pergantungan kepada ALLAH, itu yang paling penting.

Pendek kataALLAH ADA . Jangan takut

ALLAH .. sebaik-baik perancang ALLAH ,  sebaik-baik pelindung !!

kita bergerak dalam zon berbeza ...lumrah dunia
apa jua cabaran yang ditempuhi perlu ada kesabaran yang menemani ..

Bila korang dah baca , agak agak faham tak maksud yang tersurat dan tersirat … boleh tak kaitkan dengan ‘kita bergerak dalam zon berbeza … lumrah dunia’ .. hehehe . Sal pun bacaberkali kali baru ‘sampai’ . Jika ia mendatangkan manfaat , sila kongsikan bersama sahabat anda ya !!

NOTA: Permulaan Tahun 2018 Lebih Fokus Dan Semangat