| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Bila sebut je media sosial , apa yang ada dalam fikiran korang ?? Mesti korang terfikir  Facebook , Twitter , Flickr , YouTube , Instagram , Blog , Google+ … dan Whatsapp adakah termasuk dalam media sosial jugak ? Apa jua medium yang berkenaan dengan media sosial tak perlu dipertikaikan lagi . Apa yang penting sekarang , pada Sal ia perlu dikawal kerana pengaruh media sosial kini amat membimbangkan secara kita tak sedar .

Jika suatu ketika dahulu dalam tahun 80-an ke atas , penggunaan EMAIL dah dianggap terbaik dalam menyampaikan maklumat . Zaman tu dah rasa canggih sebab maklumat kita boleh perolehi secara maya dan sangat membantu dalam urusan kerja seharian . Tapi berlainan sangat dengan hari ini , lambakan saluran komunikasi terlalu banyak cuma kita kena pandai guna dengan sebaik mungkin supaya pemikiran kita tidak berada dibawah pengaruh media sosial  yang perlu dikawal sebab info yang salah dan tidak sahih boleh membawa kemudaratan sebenarnya .

Aplikasi Media Sosial Perlu Dikawal

Korang perasan tak yang zaman serba canggih ni , banyak sangat gajet dikeluarkan macam cendawan yang tumbuh selepas hujan . Contoh yang boleh diambil macam laptop , handphone dan Ipad . Kita akan rasa pelik bila seseorang tu tak ada ‘telefon pintar’ . Zaman dulu takpe lagi … ada jugak telefon tapi yang biasa macam NOKIA 3310 , NOKIA 5510 , Motorola tapi sekarang lain .. jangan setakat nak bercakap atau text mesej … nak layari media sosial pun kita dah boleh melalui gajet tak kira di mana kita berada . Meh Sal nak tanya sikit , dalam sehari kan .. berapa kali korang tengok Whatsapp , baca Facebook , upload YouTube , layan Instagram dan Twitter  ?? Jujur ok !! hehehe

Bila diimbas kembali , seriously masa Sal baru dapat anak pertama .. kemain lagi Sal bagi pendedahan terhadap gajet – handphone pada anak. Bukan apa , anak ni akan ralit bila kita bagi telefon . Nak kalau part YouTube tu , berejam pun boleh . Tapi , semua tu dulu ya sebelum Sal ‘tersedar’. Konon nak suruh anak diam , jangan ganggu kerja kita . Masa tu paling terkesan bila waktu makan , semua dok asyik dengan handphone . Dah takde komunikasi dalam kekeluargaan . Walhal dalam tak sedar , pengaruh media sosial perlu dikawal bagi setiap individu .

Menurut laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mendapati rakyat Malaysia menghabiskan masa selama empat jam sehari untuk melayari media sosial pada tahun 2017 dan perkara ini akan meningkat  saban tahun

Memang Sal tak nafikan , ada jugak kebaikan bila kita dedahkan gajet dengan anak anak tapi kena tahu dan pantau kandungan yang anak anak tengok . Rata rata masyarakat di Malaysia ni akan beri gajet pada anak anak seawal umur 3 tahun dan ada yang bagi sejak dari baby lagi . Mungkin ada sebab yang tersediri . Tapi dari pengalaman Sal sendiri , banyak buruk dari baiknya . Dari pembacaan Sal ,  bukan mudah juga kita nak halang anak anak dari terus melekat dengan gajet since kita dah bagi . Tapi sebenarnya boleh dan take time . Sal dah cuba dan Alhamdulillah berhasil .

Permainan elak anak dari pengaruh gajet dan media sosial kini
Sal cukup suka belikan anak anak lego dan tiap tiap bulan Sal akan menabung untuk beli permainan anak anak

NOTA: Didik Anak Lelaki .. Bukan Perkara Mudah

Kaedah Kawal Akaun Media Sosial

Perkembangan media sosial sebenarnya jugak banyak yang membawa kepada kesan negatif . Penyebaran berita palsu , penularan info yang tidak sahih semuanya berpunca daripada perkembangan media sosial . Masyarakat yang hidup dalam keharmonian , bila mudah percaya akan menyebabkan perpecahan dan perbalahan . Aishhhh , menakutkan betul .  Korang tahu tak kat negara China ada sekatan yang digunakan dalam penggunaan media sosial ? Perlu tak serasanya dipraktikkan di Malaysia … hehehe

Melalui hasil rujukan dan pembacaan Sal , mungkin ada antara kaedah ni boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan kita dalam mengawal pengaruh media sosial seperti berikut:

  • Keluarkan garis panduan kepada semua pemilik akaun media sosial untuk kemas kini maklumat peribadi seperti kad pengenalan dalam tempoh yang bersesuaian .
  • Kepada pemilik yang gagal kemas kini akaun , delete akaun serta merta . Tindakan tegas perlu diambil .
  • Semasa pendaftaran akaun media sosial , setiap pemilik perlu sertakan no kad pengenalan (bagi warganegara) dan no passport (warganegara asing)

Sudah sampai masanya kerajaan perlu ambil tindakan tegas dalam peraturan penggunaan media sosial di Malaysia kerana pengaruh media sosial perlu dikawal . Setiap akaun peribadi WAJIB mempunyai identiti yang sahih dan setiap perkara yang di text atau upload di akaun media sosial adalah tanggungjawb pemilik/individu sendiri . Semoga pengaruh media sosial dapat dikawal sepenuhnya selepas ini .