Shopee ‘Fortune Ang Pao’ … Tawar Pelbagai Hadiah Lebih RM1 Juta | Assalamualaikum Sahabat !!

Ni dah pertengahan bulan Januari .. sekejap betul masa berlalu . Tak lama lagi bulan Februari dan ada cuti panjang tau . Rasa korang mesti alert kan cuti apa . Semestinya Tahun Baharu Cina .. part cuti memang Sal ingat sebab nak planning cuti dengan anak anak . Bila sebut je tentang Tahun Baharu Cina (Chinese New Year – CNY) , hurrmmm dalam kepala Sal ni dah dok teringat shopping online . Bukan apa , kebiasaannya bila CNY mesti ada SALE !! Part ni memang Sal tunggu tiap tahun dan untuk 2018 ni kan .. ni nak bagitau yang Shopee iaitu rangkaian platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melaksanakan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ …wowweeee …menarik ni

Paling best siap ada hadiah tau berjumlah lebih daripada RM1 juta menanti anda !! haaaa …mana tau kan ada antara kita ni yang bertuah .. mesti ada punya .. Jom shopping sakan kat Shoppe yang bermula dari 15 Januari , harini ya …dan berakhir pada 25 Februari – Please save the date !! (6 minggu sahaja)

FORTUNE ANG PAO

Kalau korang nak tahu , Shopee turut memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengguna yang mengambil bahagian . Sambil shopping tu .. jangan lupa lak fortune sebab korang boleh menang Shopee Coins – dalam bentuk baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) ditawarkan setiap hari . Tuah ayam nampak di kaki kan … ada cabutan bertuah tau dan hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu , manakala hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama pulak berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888 . Hadiah sampingan yang lain berupa power bank , aksesori komputer , perkakas rumah dan banyak lagi . Jangan lepaskan peluang ni ok !!

SHOCKING SALES FLASH DEALS

Wajib ambil tahu jugak ni dimana Shocking Sales flash deals yang dijadualkan 5 kali sehari dengan hadiah tambahan di Facebook Rasmi Shopee . Korang berpeluang memenangi Shopee Prosperity Boxes, 88,888 Shopee Coins dan trip untuk 2 orang ke Hong Kong Disneyland hanya dengan satu langkah mudah , daftar di FB ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018).  Konsep dia mudah je , makin ramai pengguna yang mendaftarkan, makin banyak hadiah terkumpul atau terkunci boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang . Syok la pulak bila tengok hadiah tu kan !!

Sempena sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina , Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit & Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. Moga dengan adanya Kempen ‘Wang bersama Shopee’ ni , akan bertambah keriangan sambutan musim perayaan bukan untuk masyarakat Cina je tau tapi untuk seluruh masyarakat di Malaysia .. hehehe

PELBAGAI JENAMA TERKEMUKA

Kempen Shopee pada kali ini turut melibatkan lebih daripada 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili bagi melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk . Best …best…

PELANCARAN KEDAI RASMI (OFFICIAL SHOP)

Secara tak langsung , melalui kempen Shopee ni jugak sedikit sebanyak dapat membantu lebih banyak usahawan dan syarikat meluaskan rangkaian mereka menerusi e-Dagang . Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding feng shui bertaraf selebriti, YBhg Dato’ Joey Yap untuk melancarkan Kedai Rasmi beliau. Usahasama ini merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding feng shui dengan platform e-Dagang di rantau ini.

Pelancaran Kedai Rasmi (Official Shop) di Shopee pada Tahun Baharu Cina ini turut menawarkan tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur’ untuk 80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM30 dalam talian Shopee . Acara akan dianjurkan pada 27 Januari 2018 (sesi Bahasa Kantonis) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat bidang metafizik Cina boleh membeli buku terbitan terbaharu dan barangan eksklusif beliau berharga antara RM23 dan RM116 di > https://shopee.com.my/joeyyapstore .

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Wang bersama Shopee’ . Daftar diri ke acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’

Jangan lupa korang … muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.