Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina | Assalamualaikum Sahabat !! 

Korang dah singgah Shopee lom ?? Sal suka gak Shopee , antara platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan . Jangan tak tahu ya , carian dalam talian di platform Shopee meningkat sebanyak 32% sempena perayaan Tahun Baharu Cina dalam kalangan rakyat Malaysia dan , salah sorang tu Sal leerr .. hehehe

Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari lalu yang menawarkan potongan harga sehingga 90% serta hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina . Rasanya sampai hari ni pun masih ada lagi yang tengah shopping sebab memang harga sangat berbaloi , SALE !!

Carian tertinggi menggunakan kata kunci sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018:

Carian popular Shopee

Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari . Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia , pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini . Tambahan lagi , pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888 .

NOTA: Shopee ‘Fortune Ang Pao’ … Tawar Pelbagai Hadiah Lebih RM1 Juta

Korang , part ni jangan lupa ya .. please save the date !! Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer , ASUS , Dell dan Lenovo .

Produk paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina:

Produk paling popular Shopee

Platform e-Dagang Terulung di Asia Tenggara dan Taiwan

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini , memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah , selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh . Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini . Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik , perkakas rumah , kesihatan & kecantikan , bayi & permainan , fesyen dan peralatan kecergasan .Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.shopee.my&hl=en.

Selamat membeli belah ya dengan harga berbaloi baloi hanya di Shopee !!

#WangWithShopee
www.shopee.com.my
www.instagram.com/Shopee_MY
www.facebook.com/ShopeeMY