Kelab Sahabat Persaudaraan Serah Kad Digital NGO Negaraku | Assalamualaikum Sahabat !! 

Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) menyediakan 30 ribu kad NGO Negaraku untuk diedarkan secara percuma kepada NGO dan koperasi yang berdaftar dan diperingkat permulaan seramai 50 NGO hadir untuk menyertai Program Komuniti Digital NGO Negaraku bertempat di Dewan Perdana Felda . Tujuan program ni adalah  Kelab Sahabat Persaudaraan Serah Kad Digital NGO Negaraku

Baru baru ini , Sal hadir ke program KPS di mana Mobile App NGO Negaraku diperkenalkan dan ianya hanya bolek diakses oleh pemegang Kad NGO Negaraku sahaja . Istimewanya kepada mereka yang memiliki kad  ni , dapat menikmati tawaran pembelian bagi barangan yang terpilih dengan harga yang berpatutan . Mobile App ni jugak mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk memudahkan ahli ahli NGO termasuk pengumpulan derma dan sumbangan secara digital bagi tujuan antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar . Kewujudan Mobile App NGO turut membentuk kerjasama antara NGO NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi di samping  jalinan usahasama dan penawaran berkelompok .

Kelab Sahabat Persaudaraan Serah Kad Digital NGO Negaraku
Kad NGO Negaraku ..

Program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk semua ahli NGO di Malaysia dengan keistimewaan yang luar biasa . Mobile App ini dibangunkan untuk memupuk perpaduan Masyarakat khususnya kalangan Ahli-ahli NGO dan Koperasi . Program Komuniti Digital NGO Negaraku diurus secara sosial enterprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manafaat yang berganda – Dr. Mohd Zamri Noordin (Pengasas KSP)

Konsep Komuniti Digital NGO Negaraku

  • Membentuk sebuah Platform bagi menggabungkan kerjasama diantara NGO-NGO termasuk Koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui Jaminan Usahasama dan penawaran berkelompok.
  • NGO serta ahli-ahli bekerjasama dah membentuk gabungan kumpulan yang kukuh dan berkesan dengan manfaat e-platform & Fin-tech , bermatlamat untuk menghubungkan Kerajaan dan NGO di atas platform digital .

Kelab Sahabat Persaudaraan Serah Kad Digital NGO Negaraku

Latar belakang Kelab Sahabat Persaudaraan

Kelab Sahabat Persaudaraan adalah sebuah kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS. Kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan Program-program berkualiti berteraskan Pendidikan dan Kebajikan untuk diperkenalkan kepada Masyarakat .

Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh KPP berteraskan 3 Prinsip:

  1. Menghubungkan Kerajaan, NGO dan Ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital perteraskan semangat Negaraku.
  2. Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
  3. Mendidik masyarakat datuk berbelanja secara bijak dan berhemah.

Penyampaian mesej sepenuhnya program ini turut dipaparkan melalui reka bentuk Kad NGO Negaraku yang secara umumnya membawa ke arah pembentukan Masyarakat yang bersatu padu.
Pada peringkat pengenalan ini terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride , Kaspersky ,comfort reflekxologi dan lain lain – Dr Nur Hadi (Ketua Program Komuniti Digital NGO Negaraku)

Untuk maklumat lanjut mengenai program Kad Digital NGO Negaraku , sila layari :

www.kadnegaraku.com.my

Maklumat mengenai kelab Sahabat Persaudaraan :

FB : https://www.facebook.com/kspmalaysia

YouTube: