Melaka Wonderland Theme Park   | Assalamualaikum Sahabat !! 

Bulan lepas Sal bawak anak anak ke Melaka Wonderland Theme Park , kebetulan dapat complimentary entrance voucher hasil redeem kat SINAR HARIAN . Seronok juga , sambil baca pengisian dalam akhbar tu kita dapat ‘something’ yang berganda . Yang lepas lepas Sal redeem tiket masuk ke LEGOLAND .

NOTA: Pengalaman Mengujakan di LEGOLAND

Bersama dengan anak anak dan keluarga  adalah masa yang amat Sal tunggu . Kalau boleh tiap bulan nak travel dengan anak anak . Dekat pun takpe dan Sal pun bergantung kepada tabungan jugak  .. hehehe , bak kata orang – ukur baju di badan sendiri .

Melaka Wonderland Theme Park
Complimentary Entrance Voucher Melaka Wonderland Theme Park

PERJALANAN SINGKAT KE MELAKA

Alhamdulillah , perjalanan kami sekelurga dipermudahkan waktu ke Melaka Wonderland Theme Park . Seawal pagi lagi anak anak semuanya memberikan kerjasama yang sangat baik . Disebabkan bukan cuti sekolah dan cuma weekend biasa , jadinya Sal tak risau sangat jalan jammed . Cuma memang nak keluar awal dan petang pulak Mr Hubby ada hal lain . Sempat la bawak bekal nasi lemak , bagi kenyang perut kang nak mandi manda senang . Lagi pun makanan tak boleh bawak masuk . Tempat mandi biasa la kan tapi Sal test jugak haritu , memang dia check beria dan ter’kantoi weh … huhuhu . Tapi makanan tu pihak theme park simpan dalam locker kat luar , tak buang pun . Dan kita bebas masuk nak keluar masuk di sana , part yag ni ok . Serasa Sal la kalau tempat lain dah keluar tak leh nak masuk … keluar terus kan ?

Perjalanan dari KL – Melaka rasa macam lama sangat walhal bukan jauh pun kan .. sebabnya Sal singgah R & R . Biasa la bila travel dengan anak anak , kejap nak terkucil , berhenti makan , huhuhu . Sabar je la , janji tak meragam . Bagi Sal , melayan kerenah anak anak ni merupakan satu perkara yang sangat mengujakan . Walau macam mana penat pun , anak anak tetap menjadi pelengkap dan penceria dalam institusi kekeluargaan . Sepanjang jalan dalam keta , anak anak dah becok tanya tu .. tanya ni .. huhuhu

AKTIVITI DI MELAKA WONDERLAND THEME PARK

Grouphoto dulu …. agak sukar jugak nak suruh anak anak semua tengok camera ..huhuhu

Bagi Sal , just nice la theme park ni sebab tak terlalu besar dan senang nak handle anak anak . Tapi tak semua tempat Sal explore dan ada sesetengah tu dah tutup . Mungkin juga under maintenance . Apa yang ada pun dah mencukupi sebab Khalish , Khaleef & Khalaf dah kesukaan yang teramat  . Kaariz pun boleh tahan … naikkan atas sliding tu bila dilepaskan ke bawah , kemain lagi . Sakan betul anak anak dan Khalaf semakin berani swimming . Khalish dan Khaleef cam biasa la ‘buli’ papa , ajak masuk tunnel bagai . Bertabahla ye papa . Sal cam biasa , layan Kaariz berenang santai . Tenang betul dia dalam air … huhuhu . Meh la layan gambar gambar jap ..

Melaka Wonderland Theme Park
Suasana awal pagi di Melaka Wonderland Theme Park
Melaka Wonderland Theme Park
Seronok tengok keletah Kaariz dalam air … tak takut langsung !!
Melaka Wonderland Theme Park
Aksi Khalaf dalam air .. cuma takut nak dekat dengan slide yang ada , puas pujuk naik tetap tak nak ..
Melaka Wonderland Theme Park
Khaleef semakin berani .. tak pernah lagi dia guna pelampung besar ni …
Melaka Wonderland Theme Park
All my lovely heroes !!

Dan antara kenangan yang tak boleh dilupakan , rezeki Sal berjumpa dengan artis uolss , hehehe …

Percutian yang agak singkat tapi menyeronokkan bersama yang tersayang . Jangan asyik kerja je ya , sesekali ada yang memerlukan perhatian kalian sebagai ibu atau bapa . Next Sal share lagi ya aktiviti weekends kami .