T-shirt Muslimah Hana Tajuddin Pilihan Terbaik , Untuk Bersantai dan Riadah | Assalamualaikum Sahabat !! 

Masalah Bila Nak Pilih Baju Keluar Rumah Selesai dengan t-shirt Muslimah Hana Tajuddin ….

Korang pernah tak dalam dilema masa nak pilih baju untuk ‘outing’ atau #OOTD  ?? Sapa camni kira geng Sal la .. huhuhu . Mr Hubby selalu dok tegur dan kebiasaannnya Sal yang kena bersiap dulu  . Nama pun pompuan , tapi part make up Sal kurang sikit … kira ok hape ! Dan berbalik pada part pilih baju tu , asal nak keluar rumah je jadi pening . Tak tau nak pilih pakai t-shirt ke , blouse .. skirt  atau pants hurmmm . Tapi untuk diri Sal , lebih suka pilih t-shirt sebenarnya sebab Sal ada anak kecik .  T-shirt ni simple dan mudah untuk kita bergerak , nak dukung anak pun senang , takdela berkedut baju tu kang , tak comey pulokkkk … hehehe . Dan satu Sal ni kan … part pakaian agak tak kisah sangat tapi part tudung tu satu hal gak , aduyaiiii ..  jadinya , better Sal pilih baju yang simple contoh macam t-shirt muslimah Hana Tajuddin sebab ni pilihan terbaik , untuk bersantai dan riadah pun boleh .. dan masa selebihnya Sal akan bersiap untuk tudung . So aci la kan .. hikhik

T-shirt Muslimah Pilihan Terbaik , Untuk Bersantai dan Riadah
Sambil menikmati keindahan alam … Teelicious koleksi Hana Tajuddin tetap pilihan dihati ..

Sal bukanla jenis rigid sangat bab pilih t-shirt ni tapi ada jugak beberapa kriteria yang Sal tekankan sebab Sal ni kalau nak tahu .. ada sikit sikap “M” pada diri . Nak kalau t-shirt tu jenis kena gosok ke sebelum pakai , kihkihkih . Nak cantik manjang tapi malas . Guane tu ??? tapi takpe , la ni Sal dah jumpa t-shirt muslimah dan boleh dikatakan t-shirt terbaik yang pernah Sal jumpa setakat ni .

T-Shirt Muslimah Untuk Beriadah dan Santai

Korang suka tak kalau ciri ciri t-shirt tu gini :

∅     Tak perlu digosok

∅     Baju labuh menutup pinggul

∅     Material baju serap peluh

∅     Baju tak melekap di badan

∅     Sesuai untuk aktiviti riadah dan santai

∅     Sesuai dipakai ke majlis semi formal atau kasual

∅     Sesuai dipakai untuk aktiviti sukaneka atau acara santai macam Family Day

∅     Sesuai dipakai untuk aktiviti sukan seperti jogging , zumba

Sebelum ni kan , nak cari t-shirt pun payah tapi bila Sal dah jumpa Basic Tee 2.0 Hana Tajuddin , dia punya penangan lain macam . Selesa sangat dipakai tak kira la nak outing ke , sukan ke , riadah ke .. pendek kata semua la . Mulanya Sal macam tak caye tapi bila dah pakai , bawak pulak pegi bercuti .. seriously , tak payah fikir nak kena gosok . Keluar beg , pakai terus  .. best !!

T-shirt Muslimah Pilihan Terbaik , Untuk Bersantai dan Riadah
Sesuai sangat untuk aktiviti riadah atau santai … Basic Tee 2.0 (Denim Blue) Koleksi Hana Tajuddin

Sal rekmen sangat pada korang yang tercari cari baju , especially yang selalu kena jumpa client tu atau yang rushing nak ke office pun boleh  .. dan kalau nak banyak lagi pilihan baju , pants , skirt , tudung … meh singgah jap kat Hana Tajuddin . Sure korang teruja dan rambang nak pilih tapi takpe weehhh … korang mesti puas hati punya sebab berbaloi dan tak salah pun kalau kita ‘alah membeli , menang memakai ‘ .. Dan pulak tu banyak variety color yang kita boleh pilih . Sesetengah orang yang pandai bergaya , dia akan pilih color yang suit dengan aktiviti atau program yang dihadiri . Yang benornya kan , Sal dah mula ‘jatuh hati’ dengan koleksi pakaian Hana Tajuddin .. tambah bila ada dalam kalangan rakan Sal sendiri yang dah agak lama mempunyai koleksi pakaian dari butik Hana Tajuddin . Maklum balas yang diterima pun positif sebab selesa dan lawa wehhhh .. tak caya korang try la !!

Tips Uji Pakaian Labuh Atau Tidak

Meh Sal nak share sikit macam mana kita nak uji baju yang kita pakai tu labuh atau tidak .  Antara korang ada yang suka t-shirt muslimah kan … yang Sal maksudkan labuh tu ia melepasi paras pinggul kita . Hanya gunakan ibu jari kita je . Sekiranya baju tu melepasi paras ibu jari kita , kira ok la .. PASS !! Faham ke idak ..meh tengok pic Sal ni sebagai contoh .. hehehe

T-shirt Muslimah Pilihan Terbaik , Untuk Bersantai dan Riadah
Semestinya t-shirt muslimah pilihan terbaik !!

Nak ambik masa korang lama lama baca entri Sal ni pun cam tak best pulak , kang tak menjadi elemen surprise … hehehe .  Sebab apa Sal kata gitu ?? sebabnya Sal nak korang gi terjah INSTA atau FB Hana Tajuddin . Nak clear lagi , sila terjah WEBSITE dia . Sal kalau dah masuk sana … sejam dua memang tak sah !!

Pada yang berkesempatan , korang boleh ke Mini Showroom dan cuba sendiri koleksi pakaian di butik Hana Tajuddin di alamat:

C 23-1 Jalan Serai Wangi L/16L , Sek 16 , Alam Avenue 2 , 40200 Shah Alam , Selangor | 03-55240841| Dibuka SETIAP HARI dari jam 9.00 pagi -6.00 petang

Nak lagi mudah sila layari:

Website: hanatajuddin.com.my

IG: www.instagram.com/HanaTajuddin

FB: www.facebook.com/HanaTajuddinHT/