| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Komuniti Digital NGO NEGARAKU

Baru baru ni sekali lagi Sal berkesempatan hadir ke Program Perasmian Kad Digital Dan Mobile App NGO Negaraku peringkat Parlimen Setiawangsa bertempat di Dewan Sri Iskandar . Program dianjurkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dan dirasmikan bersama oleh Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu YB Dato’ Ahmad Fauzi Zahari dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara iaitu YB Senator Datuk Seri Hj Abdul Halim bin Abdul Samad . Kalau korang nak tahu , Komuniti Digital NGO Negaraku ini merupakan sebuah platform bagi menggabungkan kerjasama di antara NGO – NGO termasuk koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jaminan usahasama dan penawaran berkelompok . Kad digital NGO Negaraku telah mula diedar dan banyak manfaat .

Kad NGO Negaraku Mula Diedar Dan Banyak Manfaat
Konsep komuniti digital NGO Negaraku … banyak manfaat

BACA JUGAKelab Sahabat Persaudaraan Serah Kad Digital NGO Negaraku

Mobile App NGO Negaraku

Program komuniti digital NGO negaraku
sokongan yang terbaik diberikan terhadap kad digital NGO Negaraku

Mobile App NGO di bawah program ini hanya boleh diakses oleh pemegang kad digital NGO Negaraku sahaja untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik . Haaaa Sal dah dapat pun Kad digital NGO Negaraku ni dan tanpa kad ni , korang takleh nak akses  butiran dalam talian . Yang best , bila ada aplikasi NGO Negaraku , kat mana pun korang pegi .. korang still boleh akses yer . Mudah sangat !!

Program ini merupakan inisiatif pertama yang disediakan khas untuk semua ahli NGO dengan keistimewaan tersendiri . Mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuk aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital. Dalam kata lain, ia bukanlah medan menerima diskaun, malah ia juga sebagai tempat untuk menzahirkan kebajikan secara digital untuk membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar – Dr. Mohd Zamri Noordin

Kad NGO Negaraku Mula Diedar Dan Banyak Manfaat
Menarik juga tawaran yang terkandung dalam Mobile App NGO Negaraku

Bila dah dapat kad Kad Digital NGO Negaraku ni … excited terus datang weehh sebab dapat belian ada diskaun . Sal cam biasa la , mana boleh nak berpisah dengan cbarang kecantikan .. pompuan kan !! heheh dan dengar pulak ada pelan program yang menarik bakal ditawarkan pada penghujung bulan Mac . Elok sangatlah waktunya Sal dapat Kad Digital NGO Negaraku ni .. mana tau program berbentuk kekeluargaan ke kan ..

Nak lebih faham , korang try dengar lirik lagu ciptaan Dr. Zamri sendiri . Bila dengarkan , korang akan faham yang matlamat program NGO Negaraku ni lebih fokus kepada hala tuju dalam membina perpaduan , keamanan , keharmonian rakyat di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Kad Digital NGO Negaraku , sila layari :

www.kadnegaraku.com.my

Maklumat mengenai Kelab Sahabat Persaudaraan :

FB : https://www.facebook.com/kspmalaysia