| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Dunia penulisan ni kena ada minat dan minat itu perlu diasah sejak dibangku sekolah lagi ..

Korang setuju tak dengan kata kata Sal ni .. Sal pun dalam tempoh percubaan untuk melatih anak anak meminati dengan dunia penulisan . Macam agak sukar tapi Sal akan terus mencuba .. doakan ye , Aamiin . Dalam tempoh kita melatih anak anak tu kan , sesekali cuba ajak anak anak join mana mana pertandingan esei ikut kategori dan semestinya kemampuan . Jangan paksa tapi pujuk untuk mecuba dan baru ni Sal perasan ada satu Pertandingan Menulis Sunway Oxbridge Essay 2018

Pertandingan Menulis Sunway Oxbridge Essay 2018
Pertandingan menulis esei English kini dibuka bersama Sunway Oxbridge

Syarat Pertandingan Menulis Sunway Oxbridge Essay 2018

Pertandingan terbuka untuk murid Sekolah Menengah dari Tingkatan 1 hingga 5 bagi Kategori Sekolah Menengah Kerajaan dan Persendirian (mengikut silibus pendidikan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia) tetapi tidak terbuka untuk Sekolah Menengah Antarabangsa . Pelbagai hadiah menarik menanti dan penyertaan kini dibuka bermula 26 Mac hingga 24 April 2018 .

Ni antara peluang yang ada untuk melatih skill anak anak . Yang penting cuba dulu dah kalah menang kita tolak tepi .. hehehe . Sal faham , ada antara anak anak sure nak menang tapi kita sebagai parents boleh je bagi sedikit penghargaan atas usaha anak anak kan . Itu yang Sal praktik kan supaya anak anak akan terus berminat untuk mencuba sesuatu yang baharu dan boleh mendatangkan manfaat untuk diri sendiri .

BACA JUGA: Timba Pengalaman Bersama ‘Big Fun English’ di UTM KL

Panduan Tambahan Pertandingan Menulis Sunway Oxbridge Essay 2018 

Untuk mengetahui syarat penuh bagi Pertandingan Menulis Sunway Oxbridge Essay 2018 , boleh rujuk Terms and Condition dan terdapat juga beberapa Tips yang diberikan agar anak anak tidak terpesong dari tajuk esei . Opss lupa Sal nak bagi tajuk mengikut kategori :

Rasanya , tajuk pun tak berapa sukar ni dan parents boleh jugak tunjuk ajar mengikut tips atau panduan yang telah diberikan supaya anak anak lebih bersemangat ..

  • Analyse the topic.
  • Brainstorm ideas and key words.
  • Choose your angle, view and main point.
  • Decide on the thesis statement (a concise summary of the main point of your essay) and topics for supporting paragraphs.
  • Engage the reader. Think of your audience as you organise linked sentences.
  • Find good details and examples to back up your idea.
  • Go through your draft. Get it hanging together. Make it cohesive.
  • Have another look after writing. Then another read. Rework the writing.

Jeng .. jeng .. jeng .. hadiah yang menanti para pemenang ..  Maklumat lanjut sila layari: SUNWAY.com.my/essay

Pertandingan Menulis Sunway Oxbridge Essay 2018
Hadiah menanti para pemenang Pertandingan Menulis Sunway Oxbridge Essay 2018

Selamat Maju Jaya !!