| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Bila cuti sekolah bermula , pusing jugakla kepala Sal nak buat jadual aktiviti anak anak . Untuk minggu ni Sal tak mohon cuti sebab agak busy dengan tugasan kerja , lagipun cuti sekolah hanya seminggu . Plan nak cuti tengah tahun lama sikit so dari sekarang dah boleh menabung .. hehehe . So far anak anak ok la , sebab Sal selalu pesan Sekolah Cuti Tapi Buku Tak Cuti . Kena bukak buku , baca dan buat jugak latihan supaya tak lupa terus silibus yang diajar . Walaupun masih baru di awal tahun , pada Sal kena jugak ingatkan anak anak . Masih belum terlewat nak pesan .. nanti anak anak akan ambil mudah dan leka dengan siaran tv , waduhhh !!

Sekolah cuti buku tak cuti
Khalaf yang penuh dengan mood bila disuruh buat kerja

 

Buat Latihan Yang Mudah Ikut Kecenderungan Anak

Konsep yang Sal buat untuk anak anak mudah je . Sal akan belikan buku latihan tambahan untuk anak anak buat . Jangan sesekali paksa anak buat tapi ikut kecenderungan subjek yang disukai . Contoh macam Khalish , dia memang obses dengan Matematik . Cuma sekali sekala Sal ingatkan buat jugak latihan lain contoh untuk subjek Bahasa Melayu , Pemdidikan Islam atau English ke .. dan bila cikgu ajar nanti kita boleh tanya apa yang kita tak faham . Bila cuti sekolah ni kan .. Sal dah macam cikgu lak ngajar anak anak … huhuhu . Tugas seorang ibu memang tak kan abis kan .

Buat latihan tak bermaksud yang anak anak takde masa untuk bermain . Ada jugak , dan kadang tu bila Sal balik dari office – lunch tengahari , tengok anak anak tengah tonton tv atau main lego . Bukan terus menerus buat latihan dalam buku . Ada jugak la Sal belikan buku aktiviti yang berkaitan dengan kreativiti dan menjana minda anak anak . Sebab tu Sal tekan kan yang sekolah je cuti tapi buku tak cuti dan buku tu bukanlah 100% berkaitan pelajaran semata . Banyak dah buku di pasaran yang  berkaitan dengan uji minda anak anak . Paling mudah , beli buku berkaitan teka silang kata , maze book ke .. melambak di pasaran .

Sekolah cuti tapi buku tak cuti
Khaleef bersungguh buat latihan … still ada mood jugak

Bila ada masa terluang , especially malam .. Sal akan sama sama buat aktiviti dengan anak anak dan selalunya main lego atau teka teki . Seandainya mood masing masing ok , kita buat latihan sama sama dan subjek untuk malam adalah pilihan ibu semestinya .

Cuma Sal pelbagaikan konsep mengajar dan suaikan dengan suasana persekitaran  . Bila gaya ibu dah macam bercerita , anak anak akan berfikir lebih sikit dan part yang paling best Sal akan masukkan ‘perumpamaan’ atau peribahasa .

Korang try la ya . Seronok bila dapat buat anak anak berfikir dan dalam masa yang sama secara tak langsung akan berbalas hujah !! Dan korang pulak sellau buat apa ya dengan anakanak di waktu lapang ?? Mungkin boleh share dengan Sal …