| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Masalah Tayar Pancit Dapat Diatasi Dengan KRONOS Flat No More, Tyre Sealant & Inflator 

KRONOS Flat No More Tyre Sealant & Inflator
KRONOS Flat No More mampu selamatkan tayar anda …terbaik !!

Setiap hari Sal drive ke tempat kerja dan kadang tu ada la jugak terfikir , kot la tetiba something happen pada kereta .. nauzubillahiminzalik . Bukan Sal mintak tapi kena fikir sesuatu ke hadapan dahulu . Maksud Sal macam kehabisan minyak kereta , tayar kereta pancit kena benda tajam ke .. kita mana tahu kan ? So , kena berjaga jaga dan ambil tahu kaedah yang sepatutnya . Dan baru ni Sal cuba teliti satu produk yang sangat bagus dan patut disimpan sebab anda perlu selamatkan tayar kenderaan anda dengan KRONOS Flat No More .

Korang pernah dengar tak KRONOS Flat No More ? Ha ,  ni yang Sal nak bagitau yang produk ni banyak manfaat dan boleh dikatakan penyelamat pada Sal sebagai seorang wanita . Sal ni dahla tak berapa tahu tentang part tayar tapi takleh ambil mudah .. bayangkan masa tengah drive sensorang tetiba rasa semacam kat tayar , sure rasa semacam dan kena park keret atepi jalan dan lepas tu … tak kan nak dok keta tepi je kan . Pastu mula la rasa panik , oh tidak ..  tapikan dengan adanya KRONOS Flat No More Tyre Sealant & Inflator Sal rasa dah boleh tersenyum sebab itula ‘penyelamat’ yang sebenar .

Tanpa ada orang lain dengan kita dalam kereta pun kita dah boleh buat sendiri dengan adanya KRONOS Flat No More Tyre Sealant & Inflator . Tak perlu dah nak tukar tayar bagai .. ngeri weh sebab baru ni kawan Sal ada cerita yang dia kena tukar tayar sendiri , kebetulan tayar pancit lepas waktu keja !!

Fakta Perlu Tahu Tentang KRONOS Flat No More Tyre Sealant & Inflator

 

Seriously korang kena tahu kenapa perlu selamatkan tayar anda dengan KRONOS Flat No More . . Sila ambil maklum ya …….

Tidak perlu tukar tayar

Senang untuk digunakan

Tampalkan lubang tayar dalam 90 saat

Tidak memerlukan sebarang peralatan

Tidak merosakkan tayar dan rim kereta

Formula yang mesra alam dan tidak mudah terbakar

Dibuat daripada 100% polimer organik

Jangka hayat selama 3 tahun dari tarikh pengilangan

Waranti 2 tahun (tarikh luput adalah 3 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan.

Info tambahan yang korang kena tahu jugak , KRONOS Flat No More Tyre Sealant & Inflator mampu menampal kebocoran lubang tayar yang bersaiz 6mm . Apa yang penting , KRONOS Flat No More tidak akan merosakkan rim dan tayar . Selepas menggunakannya , korang boleh teruskan pemanduan tetapi kena  secara berhemah dan jangan bawak laju laju , semata mata nak cari bengkel . Dan masa pemanduan nanti , korang akan dapat rasa sedikit getaran ini adalah kerana cecair KRONOS Flat No More yang dah masuk dan sedang menjalankan tugas  dengan jayanya … hehehe

Cara Guna KRONOS Flat No More Tyre Sealant & Inflator

Caranya nak guna senang je ,  korang hanya pam  KRONOS Flat No More macam biasa kita pam bola atau basikal …tu je yang Sal dapat beri gambaran betapa mudahnya penggunaan  KRONOS Flat No More Tyre Sealant & Inflator ni . Hanya sambungkan salur plastik yang didatangkan khas bersama KRONOS Flat No More dan masukkan angin di dalamnya. Tak perlu khuatir tentang cecair latex kerana ianya  tahan dalam tayar untuk tempoh beberapa hari dan paling penting mudah dibersihkan . Pam sampai tayar yang kempis kembali pada bentuk normal . Satu perkara yang korang perlu ingat , lepas pam atau sesi penampalan berlaku ,  tidak dibenarkan memandu melebihi 130kmj .

KRONOS Flat No More Tyre Sealant & Inflator
KRONOS Flat No More Tyre Sealant & Inflator produk yang sangat bermanfaat !!

KRONOS Flat No More ni sangat mudah untuk dibawa sebab tak besar pun tapi untuk tujuan penyimpanan , jangan sesekali terdedah terus pada matahari ya . Simpan dalam bonet kereta atau tempat duduk . Produk inovasi ini diedarkan oleh DKS INTERNATIONAL SDN BHD untuk pasaran di Malaysia . Mempunyai isi kandungan sebanyak 650ml dan produk ini adalah antara botol yang terbesar saiz kandungannya yang terdapat di pasaran. Harga pengenalan yang ditawarkan adalah RM49.99 sahaja.

Meh korang tengok ni jap …

Untuk maklumat lanjut sila layari:

Facebook :
Instagram :
WhatsApp :
+601126073633

Email : inquiry@keystons.com

Jangan lupa untuk “LIKE” dan “FOLLOW” media sosial KRONOS Flat No More dan istimewa pada bulan Mac ini, setiap pembeli layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah yang ditawarkan adalah  LATTISSIMA TOUCH NEPRESSO COFFEE MAKER yang berharga RM1699.