| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Susahnya Hati Bila Anak Kurang Makan  …

Sape tak susah hati kan bila anak susah sangat nak makan . Pada Sal bila anak memilih makanan ok lagi atleast masih nak makan tapi kalau yang jenis payah nak makan tu addoooiii  … pening mummy dibuatnya . Dan ni jugakla yang Sal tengah hadapi sekarang , sebab Khalaf memang agak payah nak suruh makan even kita suapkan . Sal cuba segala petua tanpa rasa putus asa , masih jugak tak nak makan . Ada jugak buat kaedah bento , konon nak tarik minat Khalaf untuk makan .. hurmmm sama jugak la . Sampai la ada diantara geng blogger Sal rekmen dan Sal decide untuk tingkatkan selera makan anak dengan  Bonnisan Himalaya !!

Sebelum jumpa Bonnisan Himalaya , tiap kali nak suap Khalaf mesti kena paksa , ibarat macam nak berperang . Sure korang boleh imagine kan betapa payahnya dia nak terima makanan . Sal memang kena paksa Khalaf sebab risau BMI tak ok . Kat sekolah pun Khalaf perlu timbang berat badan dan setiap bulan kena ada penambahan so Sal kena usahakan agar Khalaf makan makanan yang seimbang . Siapa tak nak anak membesar dengan sihat kan . Antara adik beradik yang lain , memang Khalaf agak kecik sikit tubuh badan dia berbanding yang lain . Bila dengar dan baca sendiri tentang keberkesanan Bonnisan Himalaya , Sal terus cuba .

Tingkat Selera Makan Anak Dengan Bonnisan Himalaya
Berbaloi sangat dari segi harga …

Mampu Ke Bonnisan Himalaya Tingkat Selera Makan Anak

Mula Sal agak risau kot la Khalaf tak nak consume Bonnisan Himalaya , tapi Khalaf ni yang bagusnya dia mudah nak terima kalau kita ajak makan ‘vitamin’ . Kaedah ni yang Sal gunakan walaupun yang dia makan tu sebenarnya ubat . Haa , ni antara tips yang Sal guna . Kalau kata ubat , memang tak la dia nak terima … muntah balik ada . Untuk Bonnisan Himalaya ni .. nak kata rasanya pahit tak jugak sebab bila Sal rasa … macam mint gitu . Yang kelakarnya kan , mungkin sebab bau yang tak berapa best , yelah … bila dah rasa berangin tu maybe la rasa ‘menyengat’ so Sal cecepat suh Khalaf tutup hidung masa nak telan . Sabar jela kan , janji telan .

Dah beberapa hari Sal bagi Bonnisan Himalaya pada Khalaf .. alhamdulillah ada perubahan dan macam satu keajaiban pulak . Selera Khalaf makin bertambah dan sangat ketara sebab dia dah mula mintak makan nasi pada kadar yang sepatutnya . Lepas makan nasi dalam beberapa jam lepas tu dia kunyah biskut .. roti . Seriously buat Sal ternganga la jugak , nak kata tak percaya memang depan mata . Syukur sangat bila selera makan Khalaf berubah dan ternyata Bonnisan Himalaya mampu tingkatkan selera anak .

Tingkat Selera Makan Anak Dengan Bonnisan Himalaya
comel je bila Khalaf tutup hidung

Kenapa Mesti Pilih Bonnisan Himalaya

Pada Sal kandungan Bonnisan Himalaya selamat dah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan yang penting HALAL . Ada juga testimoni yang Sal baca , sesetengah klinik menggunakan Bonnisan ni sebagai supplement bila situasi melibatkan anak kurang selera makan .

Antara masalah lain yang dapat diselesaikan Bonnisan Himalaya :

√    Kurang selera makan atau tiada selera nak makan
√    Kurang toleransi atau cerewet makan
√    Perut kembung
√    Kolik atau sakit perut
√    Masalah pencernaan

Sal sangat syorkan Bonnisan Himalaya nikalau anak korang sorang yang picky eater . Cuba la ye sebab supplement Bonnisan  juga mampu menggalakkan pertambahan kesihatan bayi dan kanak-kanak secara menyeluruh . Pencernaan yang baik akan menggalakkan kesihatan dan secara tidak langsung dapat menghalang pelbagai jenis penyakit yaang akan dihadapi oleh anak anak .

Kenapa Anak Kurang Makan

Sedikit info yang korang perlu ambik tahu jugak !! Di mana salah satu penyebab anak kurang makan adalah berkaitan dengan sistem penghadaman yang kurang efektif . Selalunya terjadi pada seseorang yang kurang atau tak makan sayur-sayuran langsung dan yang sering sembelit pun dikaitkan dengan kurang selera makan . Sal perhati pun anak anak kebiasaanya gitu . Ada jugak Sal terbaca artikel mengenai faktor kurang selera makan dan dalam perubatan tradisional Cina pulak mengatakan ia ada kaitan dengan gangguan fungsi hati boleh menyebabkan gangguan selera dan pencernaan. Pada yang kerap mengalami sembelit sebenarnya dipercayai mengalami gangguan fungsi hati , iaitu organ utama yang membantu tubuh mendetoksifikasi . Opss lupa nak inform ..

Harga Bonnisan Himalaya RM24.05 untuk 120ml

Tingkat Selera Makan Anak Dengan Bonnisan Himalaya
Khalaf dah geng dengan Bonnisan Himalaya .. horreyyy !!

Banyak pulak Sal berceloteh , pada yang nak tahu lanjut tentang Bonnisan Himalaya .. Sila layari :

Facebook Page : Himalaya Healthcare Malaysia

Instagram : Himalaya Malaysia

Senarai Outlet : Himalaya Malaysia

Dapatkan Bonnisan di Cawangan Butik Himalaya yang terdekat ya !!