| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Cuti sekolah dah pun bermula hari ini .. mula riuh rumah dan anak anak sibuk bertanya nak ke mana cuti ni . Mujur tak lama , kihkihkih pening kepala ibu nak menjawab . Style Sal .. jika berkelapangan dan walaupun bukan cuti sekolah contoh macam weekend ke .. Sal akan bawak . Tapi idakla jauh dalam KL je dah memadai kalau korang pandai cari dan yang penting tak perlu kos yang terlalu tinggi pun . Sebelum ni Sal pernah bawak anak anak untuk tujuan uji minda dan perasaan ingin tahu di Pusat Sains Negara . Memang best dan korang try la bawak anak anak ya !!

Jom Uji Minda dan Perasaan Ingin Tahu di Pusat Sains Negara

Seriously Sal sendiri tak pernah terfikir nak bawak anak anak ke Pusat Sains Negara sebelum ni , tapi bila dah jejak sana .. fuhh !! Harus repeat lagi sebab seronok tengok anak anak explore dan masa 1st time pegi tu rasanya tak habis lagi nak teroka semua tempat dek sebab anak anak dah kelaparan … huhuhu . Sal bawak Khalaf time tu , ada tempat yang tak boleh masuk memandangkan ketinggian Khalaf tak sesuai dan ada jugak tempat Khaleef tak leh masuk gak . Sabar je la kan . Tapi so far ok la .. ade je lokasi yang ikut kesesuaian umur anak anak .

Di Pusat Sains Negara ni kan , if anak anak suka tentang sains dan teknologi memang Sal recommend sangat  . Dyorang akan leka dan cuba sesuatu yang baharu .. lain dari yang lain . Sal kagum jugak dengan bahan pameran yang ada  di sini sebab membuatkan keinginan untuk tahu akan sesuatu tu semakin bertambah . Zaman sekarang ni kan semua ada kaitan dengan sains , teknologi dan inovasi so sedikit sebanyak kita boleh relate kan dengan persekitaran dan pelajaran anak anak . Memang becok jugakla mulut Sal mintak Khalish dan Khaleef cuba satu persatu .. hehehe

Uji Minda dan Perasaan Ingin Tahu di Pusat Sains Negara
Khaleef leka dengan aktiviti pengiraan , kira uji minda jugakla ..

Maklumat Tambahan Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Jika berkelapangan , korang bawak la anak anak ya . Anggaran masa Sal syorkan korang lepak santai di Pusat Sains Negara tu dalam 2 jam la . Berbaloi sangat dan siap ada slot demo sains dan beberapa aktiviti yang telah ditetapkan masa lawatan . Anak anak diberi peluang untuk mencuba dan naik ke pentas bagi aktiviti sains yang diadakan . Para petugas di Pusat Sains Negara pun mesra dan ramah .

Cuma Sal nak ingatkan jaga anak anak ye , sebab cuti sekolah ni mungkin ramai takut terlepas pandang . Pusat Sains ni agak besar dan masa Sal pegi haritu (bukan cuti sekolah)  pun ramai juga , memang tak pernah surut dengan kunjungan lawatan awam di Pusat Sains Negara ni .

BACA JUGA: 10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Uji Minda dan Perasaan Ingin Tahu di Pusat Sains Negara
Seronok tengok Khalish fokus sambil uji minda di Pusat Sains Negara KL

Sal sertakan sedikit maklumat untuk memudahkan pergerakan korang ke Pusat Sains Negara .

Pusat Sains Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Persiaran Bukit Kiara
50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Tel : +603-2089 3400
Fax : +603-2089 3401
Website : psn.gov.my
GARIS PANDUAN : Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Balik dari Pusat Sains Negara , betapa becoknya mulut anak anak Sal dok cerita balik apa yang dyorang dapat . Bagus sebenarnya pendedahan terhadap aktiviti sains  untuk menarik minat anak anak  yang masih di tahap ingin tahu dalam memahami konsep sains sambil belajar , bermain dan berfikir dan ada juga aktiviti hands-on yang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dan membina perasaan ingin tahu . Konsep yang diketengahkan memang best sebab anak anak dapat jugak belajar terma terma sains .

Uji Minda dan Perasaan Ingin Tahu di Pusat Sains Negara
Science Show diadakan mengikut masa di Pusat Sains Negara