| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Bulan Ramadan Yang Dirindui Bakal Tiba …

Cepat betul masa berlalu , Rejab .. Sya’ban dan Ramadan bakal tiba . Korang dah ready ?? Bulan Ramadan bulan yang amat dinantikan .. dan bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya , ada sesuatu yang menarik menanti anda !!  Jom kita  jengah ke Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018 yang bakal bermula beberapa bulan lagi . Bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3.

Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018
Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

Objektif Festival Ramadan Putrajaya 2018 adalah untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya . Penganjuran festival ini juga membuka peluang dan ruang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan . Sal pun ada jugak niat nak berniaga Cuma masanya belum tiba . Insya Allah .

Festival Ramadan Putrajaya 2018

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan sekitar Bangi , Kajang serta kawasan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan . Macam Sal memang buat bajet persiapan masa start puasa.

Di samping itu, Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018 turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.

Menariknya lagi , turut disediakan adalah cabutan bertuah kepada pengunjung di mana hadiah utamanya berupa sebuah biji kereta ataupun motosikal . Ada jugak persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini , juga penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

BACA JUGA: Ramadan Pergi Meninggalkan Kita ..

Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella , Hanez Suraya , Kaka Azraff , Ekin , Leez Rosli , Sofi Jikan , Haiza , Saiful Apek , Siti Sarah , Shuib dan ramai lagi . Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.

Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018
Nantikan kemunculan artis kesayangan anda di Festival Ramadan Putrajaya 2018

Program Kerohanian dan Aktiviti Menarik Menanti Anda

Malahan , turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian . Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut . Sebelah petang pula , program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula , direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih .

Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain . Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin  dan muslimah terkini , alat solek , perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak .

Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018
Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian , penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanah air .

Untuk maklumat lanjut dan informasi terkini:

Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

(Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909)