| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Betul ke Lazz Susu Kambing Produk Terbaik Untuk Kanak Kanak ??

Masa anak Sal kecik , senang je nak menyusu sebab breastfeeding . Bila dah menginjak umur ke 4 tahun .. jenuh jugakla nak mencari kesesuaian susu tepung . Anak Sal yang no 3 ni agak payah sikit nak minum susu asli atau berperisa . Sampai tahap kena paksa tapi kesian la kan kita nak paksa anak ni . Nak bertegas selalu takleh sebab nanti kang mengganggu emosi . Bukan senang ye nak suruh gitu , sebagai parents kita kena ada tahap kesabaran yang amat tinggi . Insha Allah … Sal tak pernah putus asa dan akhirnya bertemu jua dengan lazz susu kambing produk terbaik untuk kanak kanak .

Dan baru ni jugak , Sal ada terbaca viral di media sosial mengenai Lazz Susu Kambing Asli dan Lazz Chocho yang sesuai untuk anak anak diperingkat umur 2 tahun ke atas . Geng blogger #KBBA9 dan ramai jugak la pengguna yang berkongsi tentang keberkesanan Lazz Susu Kambing ni . Sal mula buat research sikit sebab nak tau lanjut adakah Lazz Susu Kambing Produk Terbaik Untuk Kanak Kanak ??  Apa yang Sal jumpa , antara khasiat yang dimiliki adalah:

Mudah dihadam dan melawaskan

Membantu melegakan pernafasan dan kahak

Memberi tenaga untuk fokus belajar

Baik untuk kulit dan masalah kulit

Mengeluarkan angin

Khalaf ni ada masalah minor eczema jadinya bila tengok antara khasiat yang ada pada Lazz Susu Kambing , Sal tertarik nak cuba . Tapikan … hehehe , satu persoalannya .. nak ke Khalaf minum ? pernah try bagai susu brand lain perisa asli , vanilla dan choco , tak mahu jugak dia .

Lazz Susu Kambing produk terbaik untuk kanak kanak
yang mana satu pilihan khalaf .. lazz susu kambing dan lazz choco

Penerimaan Anak Terhadap Lazz Susu Kambing

Dek sebab teruja nak try Lazz Susu Kambing untuk Khalaf , Sal bancuh 2 perisa iaitu Lazz Perisa asli dan Lazz Choco . Sal letak depan Khalaf 2 cawan yang berbeza dan suruh dia rasa . Mulanya menolak jugak sebab Sal bancuh dengan air suam tanpa letak ais . Saje nak bagi dia rasa yang suam . Kot la tekak boleh terima ke kan . Pujuk punya pujuk , dia mula rasa sikit bak kata orang hujung lidah .. anak oh anak !!

Dan rasa macam mimpi pun ada sebab dari rasa dia terus minum . Paling best mintak dibancuh lagi . Syukur sangat . Khalaf dah boleh terima Lazz Choco . Sebelum ni Sal pernah order set Lazz Susu Kambing untuk seisi keluarga tapi bila sua pada Khalaf tak mahu dia . Rasa sikit keluar balik dan Sal tak pernah nak paksa biar anak terima dengan kerelaan sendiri .

Lazz Susu Kambing produk terbaik untuk kanak kanak
sekali rasa …berkali nak lagi

BACA JUGA: LAZZ Susu Kambing … Pilihan Terbaik Seisi Keluarga

Tips Dan Fakta Sains Kenapa Susu Kambing Mudah Hadam

Jom kita tambah pengetahuan sikit kenapa Susu Kambing ni lebih mudah hadam jika dibandingkan dengan susu lembu . Terdapat dua jenis Protein dalam Susu Lembu& Kambing iaitu Alpha S1 Casein (S1) dan Alpha S2 Casein (S2)

Protein S1 boleh menyebabkan ketidakselesaan perut jika diuraikan dan menyebabkan rasa sebu atau kembung. Dan pada sesetengah orang , ia bertukar menjadi alergik dan ada yang cirit birit sebab faktor ketidakhadaman . Protein S1 Ini terdapat banyak dalam susu lembu dan sangat sedikit dalam Susu Kambing . Ada juga sumber yang mengatakan tak ada langsung S1 dalam susu kambing . Sal bila terbaca fakta ni yang mula tertarik nak bagi pada Khalaf , Lazz Susu Kambing .

Protein S2 bersifat mudah dihadam dan hypoallergenic. Sebab tu di Barat , susu kambing semakin popular dan dijadikan alternatif pilihan untuk susu rendah risiko alahan.

 Lazz Susu Kambing produk terbaik untuk kanak kanak
kita berswafoto dulu la ye .. suka betul Khalaf dapat minum Lazz Susu Kambing

So , rasanya korang faham dah kot kenapa Sal pilih Lazz Susu Kambing ni . Jangan risau sebab  HALAL . Untuk maklumat lanjut , korang boleh take note butiran dibawah ni:

FaceBook : LAZZ Susu Kambing
InstagramLazzSusuKambingHQ
Tel : 013 308 3354 | 018 2777 290
LazzDelivery : (sila klik)