| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Bila Sal bersuara je nak ke LEGOLAND dengan anak anak , semua terus bersorak keriangan .  Memang sangat dinantikan trip ke LEGOLAND . Dengarnya kalini banyak tarikan baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster . Termasuk , Annual Pass promotion . Ni pesifik tarikan terbaharu di LEGOLAND tau .

LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster
23 Family Kelab Blogger Ben Ashaari – Family Day 2018 di LEGOLAND Malaysia bersama Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster

LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster

Walaupun bukan cuti sekolah , Sal ambil peluang bawak anak anak ke LEGOLAND sebab tak nak terlalu sesak . Dapat bayang kalau pegi masa cuti sekolah … jenuh nak beratur masuk .

Best part trip kalini , Sal bukan pergi 1 kelurga je tau tapi bersama dengan 23 Family Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain termasuk Ben Ashaari – pengasas KBBA9 . Dan secara tak langsung ini merupakan Family Day KBBA9 yang pertama bagi tahun 2018 bersama merasai tarikan terbaharu LEGOLAND Malaysia iaitu NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster dan tak ketinggalan Annual Pass Promotion  .

Sejak join KBBA9 , ukhuwah yang terjalin semakin rapat sebab pertemuan demi pertemuan diaturkan bersama ahli kelab … dan tak putus jugak dengan aktiviti . Sape kata join Kelab Blogger tak best .. Hanya Jauhari Mengenal Manikam .

Perkara pertama yang wajib kita buat sebelum masuk ke taman tema LEGOLAND adalah grouphoto . Bukan senang kita nak berkumpul bersama pasangan masing masing dalam KBBA9 ni , so kita abadikan kenangan dulu ya .

Walaupun sebenarnya anak anak dah tak sabar nak terokai dan rasa pengalaman baru yang bakal mengujakan perasaan masing masing .  Korang kalau datang LEGOLAND jangan lupa bawak topi dan sun glass ye … panas la jugak tapi boleh je lepak kat tempat khusus untuk istirahat .

Dan , jangan lupa pakai sport shoes supaya lebih selesa dan tak menyakitkan kaki . Luas jugak kawasan LEGOLAND ni tau !!

Betul ke Annual Pass Promotion LEGOLAND  Berbaloi Dimiliki Dengan Harga Masuk Tiket Sehari – RM199 ??

LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster
Annual Pass Promotion LEGOLAND Berbaloi Dimiliki !! RM199 je wehh

Masa dipintu masuk LEGOLAND , korang akan nampak sebuah kereta Nissan Almera . Ni best deal tau , korang boleh buat Annual Pass LEGOLAND hanya dengan harga tiket masuk sehari berjumlah RM199 . Dapat pulak layan Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster .. phewws

Berbaloi weh .. mana tau korang antara yang bertuah akan memenangi Brand New Nissan Almera . Aamiin . Sal pun tengah berkira jugak nak apply .. tapi nak kira bajet dulu ya, huhuhu .

Sepanjang masuk ke LEGOLAND , Khalish dan Khaleef tak lepas lepas pegang risalah yang mengandungi pelbagai info menarik mengenai lokasi taman tema LEGOLAND .

Memang tak kan sesat sebab semua ada dalam tu , larat atau tidak je nak berjalan . Ni yang nak cerita tentang anak anak Sal . Kemain tau tenaga dyorang … dari pagi sampai nak ke senja masih dok ada dalam nu …ibu dah makin pewai tapi bila tengok anak anak bersemangat , ku ketepikan kepenatan itu .

Ohh lupa nak bagitau , tandas.. tempat solat semua ada dalam taman tema , so tak risau nak solat . Kebersihan adalah ditahap yang terbaik dan sentiasa terjaga .

Kalau tak caya korang boleh duduk kejap dalam toilet dan tengok dalam setengah jam tu berapa kali pekerja LEGOLAND masuk bersihkan . Yang dok sapu clearkan kawasan jangan cakaplah .. sentiasa ada

Nak bagi peringatan sikit , bila masuk LEGOLAND ni jangan bawak makanan ye .. sebab beg semua akan di check terlebih dahulu . Tapi jangan risau ada ja makanan yang dijual kat dalam . Pelbagai pilihan ada dan akan buat korang rambang mata jugakla nak beli . Cuma sediakan duit sahaja .

Sal memang akan menabung untuk bawak anak anak jalan setiap tahun . Kita get ready je sebab masa Sal tak menentu tapi idak la sampai cutikan anak sekolah . Kita tengok peluang dan ruang yang ada .

BACA JUGA: Pengalaman Mengujakan Di LEGOLAND 

Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia  – NINJAGO The Ride, LEGO VR Coaster dan Promosi Annual Pass

Ikutkan Khalish dan Khaleef , semua tempat nak pergi dan rasa pengalaman tapi tak semua tempat yang Khalaf boleh masuk . Ada yang kena follow the rules …ikut umur dan ketinggian .

So Mr Hubby banyak dengan Khalaf dan Sal pulak handle Khalish dan Khaleef . Nak story memang banyak , kalini anak anak dapat merasa banyak permainan sebab tak lama nak line up .

Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster
jom kita try LEGO VR Coaster lepas ni kita ke NINJAGO The Ride pulak yea

Antara tempat yang kami jejak LEGO Technic, LEGO Kingdoms , Imagination , Land of Adventure , LEGO City , MINILAND , LEGO Studios , Lost Kingdom Adventure , LEGO NINJAGO Live Show , LEGO NINJAGO The Ride , LEGO Race VR Coaster .

Bayangkan kalau yang LEGO Race VR Coaster tu kan , anak anak boleh pulun naik sampai 4 kali . Sal tengok pun dah seram dan sememangnya Sal ni gayat gak orangnya .

Relax je anak anak naik sambil tunjuk thumbs up !!  kihkihkih .. sabar je la kan . Sal pulak suka layan NINJAGO The Ride . Best wooo .. main perang perang di alam maya .. addooiiyai .. kita tengok markah sape yang tinggi .

Bangga betul Khalish time ni , seronok gak sesekali melayan tapi takleh la selalu datang LEGOLAND ye nak . Kena tunggu ibu menabung lagi , Insya Allah ada rezeki akan datang kita pegi lagi yea .

Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster
Sakan Sal bergambar dulu yea di LEGO VR Coaster

Kenangan Manis Bersama Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster

Masa nak balik kan .. ha ni nak story , Sal dok pujuk anak anak sebabnya tak nak balik wehh … hari dah nak senja , Anak oh anak !! Seriously kena datang lagi dan sebenarnya Sal nak tunggu Khalaf besar sikit supaya dia dapat merasa banyak lagi  tempat di taman tema LEGOLAND  ni . Tapi bila fikir Kaariz .. sian dia takde peluang lagi nak jejak ke sini .

Banyak pengalaman baru yang anak anak Sal dapat dan sampai 2 kali jugak la Khalish dan Khaleef dapat Certificate of Achievement di The LEGO MINDSTORMS WORSHOP .

Kalini anak anak pulun betul setiap inci taman tema , lepas kan geram kot sebab baru dapat merasa erti kata sebenar Taman Tema LEGOLAND .. hehehe . Sebelum ni semua kecik lagi masa pegi .. tak tau nak feel sangat . So , better korang rasa pengalaman di LEGOLAND sendiri sebab sangat berbaloi di mana anak anak dapat peluang bermain sambil belajar !! Jangan lupa tau Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster .

Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster
Best wooo NINJAGO The Ride di LEGOLAND Malaysia

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :

Website >> LEGOLAND® Malaysia 

Instagram >>  legolandmalaysia

FACEBOOK >> LEGOLAND.my

 

Tarikan Baharu LEGOLAND Malaysia | NINJAGO The Ride & LEGO VR Coaster
Happy sakan anak² Sal .. sekian untuk entri berkenaan tarikan baharu NINJAGO The Ride, LEGO VR Coaster, Annual Pass Promotion di LEGOLAND Malaysia