| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Buka Minda Ambil Video Guna Telefon di Teknik Asas Bengkel Videofon Anjuran KBBA9    

Teknik Asas Bengkel Videofon Anjuran KBBA9
Teknik Asas Bengkel Videofon Anjuran KBBA9  

Baru ni Sal join Teknik Asas Bengkel Videofon anjuran KBBA9 bertempat di MaTiC , Ampang . Sebelum join lagi dah rasa keterujaan sebab bidang Sal kerja pun sebenarnya dah ada kait mengait dengan penghasilan video . Zaman sekarang pun semua dah guna video dalam apa jua bidang .. itupun kalau korang perasan .

Puas hati sangat dapat join bengkel videofon Kak Kay atau nama sebenar beliau Kamaliah Kamal sebab walaupun tak diajar secara detail .. yang penting teknik asas tu dah buat kita ter’bukak minda untuk berfikir secara kreatif . Langkah demi langkah dikongsi bersama sampai faham . Dan best part setiap peserta bengkel dikehendaki menghasilkan 1 video pendek menggunakan telefon sahaja . Teruja wooo nak buat .

Sebelum ni Sal pernah jugak cuba edit video menggunakan telefon , tapi tak berjaya dan hampir berputus asa sebenarnya . Sampai la KBBA9 buat bengkel videofon bersama Kak Kay , yang juga merupakan Pengasas The Photolicious . Syukur Alhamdulilllah , sedikit sebanyak ilmu yang dikongsikan bersama mengenai teknik dan cara mudah mengambil video menggunakan telefon tu Sal gunakan sebaik mungkin .

Teknik Asas Bengkel Videofon Anjuran KBBA9
inilah kami…KBBA9!!

Kak Kay banyak berkongsikan pengalaman  dan  jatuh bangun beliau dalam bidang fotografi dan dek kerana pengalaman itulah yang membuatkan beliau berjaya dalam bidang teknik fotografi .

Sal syorkan golongan suri rumah atau golongan wanita ambil peluang belajar teknik fotofon dan videofon melalui bengkel yang dianjurkan oleh Kak Kay . Gambar ni contoh macam gambar produk , hanya ambil di rumah sahaja tanpa membayar khidmat jurufoto dari luar . Wanita juga boleh mencipta identiti sendiri dalam bidang fotografi tau . Malahan boleg pegi jauh setanding dengan kaum Adam .

BACA JUGA: Sunting Gambar Dengan Aplikasi ‘Snapseed’

Siapa Pengasas The Photolicious ??

Pada tahun 2010 , Kak Kay mula berkongsi ilmu fotografi untuk pelbagai usahawan . Dengan ilmu yang ditimba dirasakan wajar untuk dirinya menyebarkan ilmu untuk perkongsian bersama

Sehingga kini saya telah menganjurkan kelas fotografi dan videofon dengan kerjasama MARA , Kementerian Belia danSukan , Kementerian Pembangunan Wanita , Kementerian Alam Sekitar, USIM , Politeknik dan banyak lagi agensi kerajaan dan swasta yang lain .

Teknik Asas Bengkel Videofon Anjuran KBBA9

Gaya penyampaian Kak Kay sewaktu mengajar sangat sempoi dan beliau akan bertanya sampai kita faham . Better korang tanya dari dok diam …sepi dan tak faham langsung .  Korang juga akan diajar tips macam mana nak tarik perhatian follower di media sosial . Penting yer follower especially usahawan online , sebab kita kena tahu trend strategi pemasaran kini .

Belajar Ilmu Teknik Asas Bengkel Videofon 

Teknik Asas Bengkel Videofon Anjuran KBBA9
Meh pada sape yang berminat …sila rebut peluang ni ya

Jadinya , korang carilah Kak Kay & Team The Photolicious . Tak rugi beb !! Malahan korang akan rasa bangga sangat sebab dapat hasilkan klip video yang amat sesuai untuk dikongsikan di media sosial . Sal dan rakan rakan blogger KBBA9 dah pun cuba dan amat membantu sangat sekiranya korang menceburi bidang usahawan online .

Sal pun akan terus praktikkan ilmu yang dipelajari dan kongsikan bersama rakan di ofis . Insyaa Allah , ada rezeki Sal nak menuntut lagi ilmu dengan Kak Kay . Tak cukup lagi tau !

So kalau nak tahu lebih lanjut atau nak hubungi Kak Kay – The Photolicious  untuk buat bengkel , kursus atau  korang boleh singgah :

Instagram : https://www.instagram.com/kamaliakamal/

Facebook : https://www.facebook.com/kamaliakamal

FB Page : https://www.facebook.com/KamaliaKamalOfficial/ 

FB Page 2 : https://www.facebook.com/thephotolicious/