| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Korang dah ada idea ke nak buat menu apa untuk berbuka petang ni  ?? Alkisah cerita semalam , serious Sal agak buntu nak buat apa . Semalam dah agak terlewat sebab baru balik dari shopping beli baju untuk anak anak . Sangat unplanned , ingat dah tak jadi tapi bila fikir bila lagi nak beli nyaaaa . So dalam kesuntukan masa tu Sal terfikir nak buat muffin/kek coklat sedap kukus sukatan cawan .

Kenapa Mesti Muffin/Kek Coklat Sedap Kukus Sukatan Cawan

Bila dah kesuntukan masa , Sal akan buat berdasarkan bahan yang ada di dapur . Nak beli lain memang tak sempat . Tu yang timbul idea nak buat Muffin/Kek Coklat Sedap Kukus . Mula tu kan nak buat muffin tapi cup pulak takde . Penyudahnya kita buat je guna loyang . Lagi pun , anak anak Sal memang suka muffin/kek asalkan coklat .

Muffin/Kek Coklat Sedap Kukus Sukatan Cawan
Muffin/Kek Coklat Sedap Kukus Sukatan Cawan

Bahan pun tak susah mana sebab pakai skil kacau  kacau je . Kalau nak tunggu kembang kenala putar . Situ dah makan masa kan ? so kita cuba buta seringkas yang boleh asalkan menjadikkk . Mehla kita tengok senarai bahan yang diperlukan:

Bahan – bahan :

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu kecil nescafe
Sedikit garam
Bahan B
2 cawan gula kastor (Sal guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
Bahan C
3/4 cawan air panas
Cara – cara :
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi .
Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar .
Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata .
Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata . Dah rata , Sal masukkan dalam loyang . Sal kukus 40 minit atau sehingga masak . Try n’ error je Sal buat ni dan alhamdulillah berjaya.
Korang boleh tengok resepi sebenar cara buat Muffin Coklat Sedap oleh Kak AzieKitchen . Memang best la resepi yang dikongsikan oleh Kak Azie dan yang best tak pernah tak jadi oi .. dan Kak Azie bagi tips jugak tau :
Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap selepas di simpan semalaman.

BACA JUGA : Resepi Kek Belgium Mudah

So korang , tryla ye . Bukan susah pun  ..