| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Korang , dah fikir ke nak masak apa untuk menu berbuka petang ni . Sure pening gak fikirkan ?? Sal ni jenis yang ringkas dan suka cuba menu yang simple . Dari segi bahan pulak , Sal tak suka nak semakkan otak cari benda yang perlu dicari atau beli di kedai . Bila kerja ni faham je la , better buat yang mudah tapi kena la sedap . Kalini Sal nak try resepi

Kenapa Perlu Cuba Resepi Nasi Ayam Mudah 

Berkali kali Sal try tau resepi nasi ayam ni , sebab pasti jadi dan sedap . Rugi kalau korang tak try dan lagi best guna beras basmathi . Mehla kita tengok cara nak buat .

Bahan-bahan:

(untuk rebus ayam , boleh digunakan untuk sup , kuah kicap dan kuah cili)

1 ekor ayam ( 4-5 orang makan)

1 labu bawang besar (dibelah empat)

1 ulas bawang putih (diketuk)

1 inci halia (diketuk)

Cara – cara:

Rebus Ayam – Rebus semua bahan sehingga mendidih . Keluarkan ayam dan tos . Separuh dari air rebuan tadi boleh gunakan untuk masak nasi dan sebahagian lagi buta sup . ringkas sangat , nak sedap lagi tambah kiub ayam dan perasa  . Terpulang nak letak carrot , daun bawang dan bawang goreng .

Ayam Goreng – Kita perap dengan sos tiram , kicap cair , kicap manis dan madu . Yang ni Sal ikut citarasa sendiri . Air perap ayam ni jangan buang tau , korang boleh makan dengan nasi ayam tu nanti . So masa dah jimat nak buat kuah kicap kan .

Kuah Cili – Cili merah , seulas bawang putih , gula & garam (secukup rasa) , ½ sudu kecik cuka dan cili sos . Yang mana Sal tak nyatakan sukatan tu , korang boleh agak agak nak buat banyak atau sikit . Untuk cili merah tu Sal biasa guna dalam 4-5 tangkai je . Yang suka pedas boleh , boleh tambah lagi .

Nasi – Beras Basmathi ( basuh dan toskan) . Air rebusan ayam tu digunakan sebagai pengganti air biasa dan sukatan air rebusan macam biasa korang masak nasi . *2 ulas bawang merah , *2 ulas bawang putih dan *beberapa hirisan halia . Korang panaskan minyak dan tambah sikit mentega , bila dah panas .. masukkan bahan yang bertanda ( * ) . Tumis sampai pecah minyak dan sebati . Masukkan beras , kacau lagi . Masukkan air rebusan , garam , daun pandan , dan masak seperti biasa .

nasi ayam simple , mudah dan sedap .
tak susah pun ..korang cuba tau nasi ayam simple , mudah dan sedap .

Cuba jangan tidak ya , resepi asal korang boleh jengah kat Fizalgk . Banyak menu yang best tau .

BACA JUGA: Nasi Arab , Ayam Bakar Simple