| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Korang dah ada idea lom nak buat kuih apa untuk berbuka puasa petang ni ? Meh Sal nak share resepi Kuih Lopes mudah sukatan cawan . Senang sangat nak buatnya selain hasil yang korang akan dapat adalah pulut tu lembut dan sedap dinikmati masa berbuka nanti .. hehehe .

Korang Perlu Cuba Resepi Kuih Lopes Mudah Sukatan Cawan

Kadang tu bila ke Pasar Ramadan , tengok makanan semua  macam sedap dan nak beli . Jangan ikut nafsu sangat ye sahabat . Ade je yang kita boleh buat sendiri di rumah tanpa kita sedari . Dan yang penting korang kena try dulu . Sila jangan malas , hehehe . Terima kasih pada Kak AzieKitchen yang tak jemu share resepi . Macam macam ada …

Meh kita tengok bahan yang diperlukan untuk buat kuih lopes:

Bahan – bahan :
2 cawan beras pulut susu
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan (dikisar)
1/2 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil garam
Beberapa titis pewarna hijau
Kelapa parut – gaul dengan sedikit garam
Cara-cara:
Cuci terlebih dahulu beras pulut dan rendam seketika bersama air pewarna hijau dan air kapur selama 1/2 jam . Sementara nak tunggu tu , sila  kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya . Siap sudah … ketepikan dulu . Panaskan pengukus sehingga air mendidih
Kemudian , toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang yang bersesuaian . Lepas tu, masukkan santan, garam dan air pandan. Gaul rata tapi jangan terlalu banyak sangat , hancur lak pulut  .. huhuhu . Masukan pulut dan kukus sehingga masak atau 3/4 masak pun tak apa sebab akan dikukus lagi .
Bila santan kering , kacau rata supaya pulut masak dengan rata . Kukus seketika lagi sebelum diangkat . Sejukkan seketika . Sementara tu , boleh kukus kelapa parut dan letakkan secubit garam . Gaul rata .
Ambil pulut yang sudah dimasak tadi , masukkan dalam bekas yang sesuai dan padat kan . Sal buat ringkas je sebab nak cepat . Kemudian , bentukkan bulat (Sal guna cawan je … kan bulat hehehe)
Resepi Kuih Lopes Mudah Sukatan Cawan
korang mesti kena cuba – Resepi Kuih Lopes Mudah Sukatan Cawan
Air Gula Melaka
Bahan bahan:
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan- disimpul
Cara – cara :
Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat . Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut . Tuang je ikut suka tapi jangan banyak sangat yea .

BACA JUGA: Kuih Lopes Mudah dan Sedap

Ape pun yang kita makan , kena beringat . Jangan main belasah je bulan puasa ni . Nanti tak dapat pulak nak sambut Raya .