| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Bulan puasa ni korang jangan korang kecam Sal pulak ya , huhuhu . Sebab memang Sal suka kongsi resepi kuih yang simple dan mudah untuk dibuat . Almaklum la , macam Sal ni memang kena buat kuih seringkas yang boleh sebab kekangan masa . Jadinya untuk kalini Sal pilih nak try buat resepi kuih sagu mudah dan ringkas untuk menu berbuka nanti .

Betul Ke Resepi Kuih Sagu Mudah dan Ringkas Nak Buat

Mulanya kan , Sal pun macam tak caye . Betul ke senang benar nak buat kuih sagu ni . Makan mestila sedap .. nak kalau kita sejukkan dalam peti ais . Sejuk je bila lalu kat tekak . Dok tengok jugak la bahan yang diperlukan untuk buat kuih sagu . Kebetulan ada sagu kat rumah . Tak nak la fikir banyak , terus cuba . Korang pun boleh try , antar bahan yang diperlukan ..

Resepi Kuih Sagu Mudah dan Ringkas
Korang kena try tau .. sebab kuih sagu ni mudah dan ringkas sangat

Bahan – bahan:

( Sal guna sukatan cawan )
2 1/2  cawan sagu mata
3 cawan air
2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
Setengah sudu kecil perisa rose
Sedikit kelapa putih , gaul dengan sedikit garam

Cara – cara:

Didihkan air hingga mendidih. Bila air dah mendidih , masukkan sagu , gula dan daun pandan . Kacau rata selama 10 minit . Sal kacau sampai tak nampak sangat mata putih sagu tu . Kiranya sampai sagu tu jernih dan nampak pekat .

Bila dah jernih dan likat sikit, masukkan dalam loyang untuk dikukus . Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih dalam anggaran 20 – 30 minit .

Dah masak , angkat dan sejukkan sagu di luar . Sal guna acuan apam sebab mudah nak bentuk . Bila kuih masih lembap , gaulkan bersama sama kelapa putih . Alhamdulillah , berjaya jugak Sal buat kuih sagu mudah dan ringkas .

BACA JUGA: Kuih Bom Lembut Sedap dan Mudah

Siap untuk dihidangkan . Resepi asal korang boleh tengok kat Kak AzieKitchen . Yang Sal punya , Sal dah ubah sikit  sukatan tu .

Selamat Berbuka Puasa !!