| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

D24 McFlurry yang menerima sambutan hangat sebelum ini turut kembali , dengan pengenalan beberapa menu baharu lain , khusus untuk peminat bola sepak bagi memeriahkan lagi Piala Dunia FIFA 2018 . Untuk itu Burger Rio kini kembali sempena Pelancaran Kempen ‘Discover the World’ McDonald’s .

Burger Rio Kini Kembali Sempena Pelancaran Kempen ‘Discover the World’ McDonald’s

Kempen ‘Discover the World’ oleh McDonald’s Malaysia kini kembali dengan kemunculan semula Burger Rio dan citarasa istimewanya yang menjadi kegemaran ramai .

Kemunculan semula Burger Rio daging yang dinanti-nantikan ini mula diperkenalkan semasa sukan Olimpik Rio 2016. Walau bagaimanapun, kemunculannya kali ini lebih hebat dengan adanya pilihan Burger Rio ayam . Best woo !!

Burger Rio kini kembali sempena Pelancaran Kempen ‘Discover the World’ McDonald’s  menjanjikan citarasa yang sememangnya mempunyai keenakan tersendiri untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Burger Rio yang ditawarkan dalam tempoh masa terhad ini merupakan menu pertama daripada beberapa siri menu lain yang akan dilancarkan dengan membawa citarasa unik dari negara-negara terpilih di dunia .

Burger Rio Kini Kembali Sempena Pelancaran Kempen ‘Discover the World’ McDonald’s
Burger Rio Kini Kembali Sempena Pelancaran Kempen ‘Discover the World’ McDonald’s

Antara Sebab Kenapa Korang Kena Rasa Burger Rio – ‘Discover the World’ McDonald’s …

Burger Rio merupakan pilihan tepat untuk dinikmati semasa menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia, dengan keenakan daging ayam atau lembu , ditambah dengan sayur-sayuran , keju cheddar, sos istimewa Rio dan juga ban istimewa yang ditabur dengan bijan hitam dan putih.

Set Burger Rio bersama kentang goreng dan pilihan minuman sama ada Coke McFreeze atau Fanta McFreeze boleh dinikmati dengan harga bermula dari RM14.95 untuk satu set hidangan .

Berita baik untuk peminat bola sepak yang ingin menonton siaran perlawanan pada lewat malam , McDonald’s sebagai penaja Piala Dunia FIFA 2018 turut menawarkan kentang goreng dengan saiz hidangan yang lebih besar untuk dikongsi bersama – dikenali sebagai World Cup Mega Fries .

Sesuai dikongsi bersama rakan-rakan dan keluarga semasa menonton perlawanan bola sepak, World Cup Mega Fries ini pastinya akan membawa keseronokan berganda!

Sajian Hebat McFlurry dan World Cup FAN Bundle

D24 Durian McFlurry juga bakal kembali setelah menerima maklum balas yang cukup menggalakkan dari rakyat Malaysia sejak ia mula diperkenalkan tahun lalu . Menu ini merupakan kegemaran para pelanggan sama ada mereka yang sememangnya menggemari durian ataupun tidak, dimana ia habis dijual dalam tempoh seminggu selepas diperkenalkan !

D24 Durian McFlurry boleh didapati dengan harga RM8.99.

Selain D24 Durian McFlurry , McDonald’s turut memperkenalkan Black Forest McFlurry Party. Pada harga RM10.95 , Black Forest McFlurry Party baharu ini menjadi menu tetap dan boleh di dapati di kaunter hadapan , pandu-lalu , perkhidmatan McDelivery dan di semua kaunter dan kiosk McDonald’s Dessert . Terbaik !!

BACA JUGA: Mc Donalds Sah Halal

Selain McFlurry , McDonald’s turut memperkenalkan dua menu perkongsian untuk dinikmati oleh peminat bola sepak semasa menonton perlawanan . World Cup FAN Bundle boleh didapati dalam dua saiz yang terdiri daripada kentang goreng , Ayam Goreng McD dan Chicken McNugget.

FAN Bundle A terdiri daripada 5 ketul Ayam Goreng McD, 9 ketul Chicken McNuggets dan satu Mega Fries yang boleh didapati dengan harga RM35.00. FAN Bundle B pula terdiri daripada 9 ketul Ayam Goreng McD, 20 ketul Chicken McNuggets dan 2 Mega Fries yang boleh didapati dengan harga RM59.95.

Kedua-dua FAN Bundle ini boleh dinikmati sama ada di restoran, dibungkus untuk dinikmati di rumah ataupun menerusi perkhidmatan McDelivery.

Kempen Discover the World dan Piala Dunia FIFA yang berlangsung serentak ini pastinya memberi keseronokan berganda kepada para peminat McDonald’s dengan tawaran menu yang enak dan pelbagai.

Selain dari menyediakan makanan yang enak , McDonald’s juga amat komited untuk menyediakan persekitaran moden dan kondusif bagi membolehkan rakan-rakan dan keluarga berkumpul untuk meraikan dan mencipta kenangan indah bersama . Bukan selalu pun kan ??

Para pelanggan dijamin dapat merasai kemeriahan demam Piala Dunia di restoran-restoran kami, memandangkan kesemua 64 perlawanan akan disiarkan secara langsung mulai 14 Jun hingga 15 Julai 2018.

Aktiviti menarik lain yang turut diadakan di restoran kami sempena kemeriahan Piala Dunia FIFA  ini termasuklah pemberian hidangan percuma kentang goreng bersaiz kecil setiap kali gol pertama dijaringkan untuk setiap perlawanan. Selain itu, pelanggan juga boleh menebus minuman Coke bersaiz sederhana menerusi aplikasi McDonald’s.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Discover the World’ McDonald’s Malaysia, layari:

http://www.mcdonalds.com.my/