| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat | 

Korang suka tak makan kuih bingka ubi ? Lama sangat Sal tak makan .. nak buat sendiri macam tak reti . Tapi untuk bulan puasa ni kan , Sal try buat sendiri resepi bingka ubi mudah dan sedap sukatan cawan . Ingatkan susah benor la nak buat .. ringkas je la .

Resepi Bingka Ubi Mudah dan Sedap Sukatan Cawan

Jangan risau tau , mudah sangat buat kuih bingka ubi . Janji bahan cukup dan bahan pun tidakla terlalu banyak . Seriously korang memang patut try .. lagipun kalau buat sendiri lagi puas nak makan dan gerenti sedap !

Resepi Bingka Ubi Mudah dan Sedap Sukatan Cawan
Resepi Bingka Ubi Mudah dan Sedap Sukatan Cawan

Meh kita tengok jap antara bahan yang diperlukan untuk bingka ubi mudah dan sedap sukatan cawan ..  oppsss lupa , resepi Sal tengok kat Sis Norazlitaaziz sebab terpesona bila baca bingka ubi lembut dan sedap . Sal follow langkah demi langkah sebab risau takut bila masak kuih pahit . Sebelum ni pernah gak Sal makan bingka ubi . Terasa kepahitannya … huhuhu

Bahan – bahan : 

4 cawan ubi kayu siap diparut (lepas parut Sal sukat ikut cawan yang digunakan)

2 kotak santan pekat

1 cawan gula pasir (Sal masukkan sedikit gula Melaka yang telah dicairkan)

½ sudu kecil garam

½ sudu kecil pewarna kuning

Cara Buat :

 Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah)

Masukkan semua bahan ke dalam loyang dan ukuran loyang ikut korang ya . Sal guna yang besar sebab nak dapatkan bingka ubi yang nipis sikit)

Gaul rata semua bahan sampai gula hancur dan santan sekata.

Masukkan loyang ke dalam oven dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bingka selama 1 jam – 1 ½ jam atau hingga bahagian atas keperangan. Sal lebihkan masa sikit untuk dapatkan kesan terbakar atas tu .

Setelah masak, keluarkan dan biarkan selama 3 – 5 jam sebelum dipotong dan hidang .

Dan untuk pengetahuan korang , ada tips tau untuk hasilkan bingka ubi yang lembut dan sedap ni . Sal memang ikut 100% .. tips dari Kak Ann Periuk Tanah :

Kak Ann kata ramai yang tanya kenapa bengkang Kak Ann lembut dan lemak manis, Kak Ann kata kalau nak macam tu juga , ikut resepi ni , jangan tambah atau kurangkan . Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yang Kak Ann baca dalam majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dalam penyediaannya . Contohnya ada yang dicampur air , ditapis dan buang hampasnya , ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung .

Bagi Kak Ann mudah sahaja ; ubi kayu yang siap diparut tu , terus dicampur santan , gula , garam dan masuk loyang terus . Kacau dan masak . Tak perlu tambahan tepung lain sebab ubi kayu ni dah berkanji . Loyang pun tak perlu letak minyak atau planta kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan .