Resepi Kuih Pau Sambal Mudah, Lembut Dan Sedap – Di akhir Ramadan ni , korang rajin ke masuk dapur  nak buat kuih untuk berbuka puasa ? Ke dah busy untuk persiapan raya .. tak berapa hari je lagi kan ? Sal nak share resepi kuih pau sambal mudah , lembut dan sedap . Serious korang kena try . Mulanya Sal pun tak berapa yakin nak buat . Macam biasala Sal ni … kalau bahan banyak sangat , remehla nak buat . Tapi pau sambal ni senang wehhhh ..

Kenapa Korang Kena Buat Resepi Kuih Pau Sambal Mudah, Lembut Dan Sedap

Kadang bila kita beli kat gerai kuih , mesti ada yang tak kena je pau sambal ni kan ?? Sambal ‘kureng’ la .. masin la .. keras , so ape kata korang buat la sendiri . Nah resepi ..

Resepi Kuih Pau Sambal Mudah, Lembut Dan Sedap

Bahan – bahan Adunan Doh Pau:

400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)

1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam

2 sudu gula pasir

1 sudu majerin

2 sudu susu tepung

Sedikit garam

Sedikit air untuk mencanai doh

Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu

Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.

Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.

Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.

Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.

Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.

Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.

Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.

Siap untuk dihidang.

Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:

Cili kering , bawang merah ,bawang putih, garam , gula ,asam jawa , ikan bilis , bawang besar . Korang tumis macam nak buat sambal nasi lemak tu ye .. ringkas je kan.

Bila dah siap kuih pau sambal , korang boleh letak timun atau telur . Siap .

BACA JUGA: Resepi Mudah Roti Arab Sedap

Terima kasih sangat Sal ucapkan pada CIKMATAHARIKU . Banyak resepi yang mudah korang boleh dapat bila singgah kat sana . Hope korang berjaya ya . Walaupun pau sambal sal dari segi rupa agak kurang … rasa boleh tahan tau .

Next kita cuba lagi ya !!