Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan Mudah – Korang jangan jemu tau singgah blog Sal sebab bulan puasa ni Sal memang suka share resepi . Sambil cuba buat , Sal akan letak di blog supaya boleh dijadikan sumber rujukan akan datang . Semua resepi yang Sal try amat mudah dari segi sukatan dan cara buat . Dan kalini Sal try buat resepi kuih seri muka sukatan cawan mudah .

Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan Mudah dan Sedap

Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan Mudah
Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan Mudah

Kadang bila balik keja , masa pun suntuk . Jadinya Sal akan buat kuih yang simple dan bahan pun tak rumit . Tapi kadang tu terlajak gak buat , lepas berbuka baru dapat merasa sebab macam seri muka ni .. kita kena tunggu sejuk baru boleh potong .  Baru ni Sal tak sabar sebab bau wangi seri muka tu wangi betul . Tak sabar nak rasa , Sal potong jugakkk .. kihkihkih . Penyudahnya terpenyek la jugak kuih tu ..

Meh kita tengok bahan yang diperlukan dan cara buat .

Bahan – bahan :

3 cawan beras pulut ( Direndam 1 jam )

1 sudu kecil garam

2 cawan santak kotak

2 sudu kecil minyak masak

Cara buat :

Basuh dulu beras pulut .. angkat dan toskan hingga kering . Masukkan dalam Loyang dan sebelum tu sapu Loyang dengan minyak masak sikit . Satukan bahan diatas kedalam Loyang , gaul sebati dan kukuas . Sebelum tu , didihkan air dalam pengukus lebih kurang setengah jam (30 minit) . Masa kukus beras pulut , kacau sekali sekala agar masak rata . Bila dah masak , mampatkan pulut dalam loyang .

Bahan – bahan Lapisan Atas (Hijau)

2 cawan santan pekat

Beberapa helai daun pandan  (dikisar dan tapis ntuk dapatkan air daun pandan)

¾ cawan gula pasir

1 ½ sudu besar tepung jagung

1 biji telur ayam

Sedikit garam

½ sudu kecil pewarna hijau

Cara buat :

Campurkan tepung gandum , telur , tepung jagung , santan pekat , garam dan gula dalam bekas yang sesuai (mudah nak kacau) .. gaul hingga sebati . Tuangkan air pandan tadi dan kacau hingga rata – sebati . Boleh juga campurkan sikit dengan air biasa dan masukkan sikit pewarna hijau . Kacau hingga rata guna whisker .

Dah kacau semua , masukkan dalam loyang yang berisi pulut tadi . Gunakan penapis ya bagi adunan atas (hijau) tu supaya bintilan tepung tak masuk dalam loyang .

Kukus adunan lebih kurang 30 – 40 minit atau hingga masak . Jangan lupa tutup pembalut loyang dengan kain ya (Sal tutup dengan kain napkin) . Setiap 10 minit boleh buka penutup kukus untuk hilangkan wap air .

Bila dah masak , angkat dan sejukkan sebelum dipotong .

BACA JUGA : Resepi Talam Gula Merah

Siap !! Selamat mencuba ya .. resepi asal Sal tengok kat BLOGOPSI.