Sambut dengan penuh kesederhanaan , Salam Aidilfitri 2018 Syawal 1439Hijrah – Alhamdulillah , pabila berakhirnya Ramadan kita bertemu dengan Syawal . Bulan kemenangan yang kita raikan setelah sebulan berpuasa . Syukur Ya Allah . Sebelum tu Sal nak ucapkan Salam Aidilfitri 2018 Syawal 1439H . Belum terlewat lagi rasanya walaupun harini merupakan hari ke-5 kita Raya .

Sambut Dengan Penuh Kesederhanaan , Salam Aidilfitri 2018 Syawal 1439Hijrah

Persiapan korang macam mana nak sambut raya kali ni . Sure meriah kan tapi kena beringat tau . Biarlah dengan penuh kesederhanaan .. jangan kita terikut dengan perkembangan fesyen semasa dan kawan kawan ya . Mana yang balik jauh tu , kereta jangan lupa service . Biarlah kita pulang dengan selamat ke kampung dan kembali datang kerja dengan penuh semangat yang baru .

Tahun ni Sal tak dapat cuti lama sangat . Tapi tetap bersyukur sebab masih berkesempatan balik jumpa mak dan keluarga tersayang . Kena masuk balik keja dan akan cuti balik sebelum cuti persekolahan berakhir . Jadila kan …

Sal harap korang gunakanlah cuti yang ada ni sepenuhnya . Ambil peluang untuk ziarah sanak saudara dan kalau ada cuti panjang lagi bawakla anak anak berjalan . Sal pun pening jugak fikir nak bawak anak anak berjalan mana ni . Boring agaknya kena dok rumah tapi ibu keja . Maybe Sal akan bawak bercuti ke lokasi yang dekat sebab nak elak jammed .

Jaga Diri Dan Kesihatan Sepanjang Aidilfitri 2018 Syawal 1439Hijrah

Part kesihatan please ya , tolong jaga . Mana yang dah berjaya maintain atau dapat berat badan ideal selepas bulan puasa .. jagaaaa laaaa . Jangan ikut nafsu sangat yelah , time raya ni semua masakan sedap , manis .. pantang tengok mesti nak ngappp .

Menangis tak berlagu woii , tanpa korang sedar nanti baju raya yang dok beli masa bulan puasa dah sendat . Jangan kata Sal tak bagitau dan peringat ya !! Sebagai manusia kita kena sentiasa ingat mengingati . Tak salah kan , cuma korang kena berhati hati je la . Nak makan tu boleh tapi ambil potion yang sedikit . Nah Sal kongsikan :

Salam Aidilfitri 2018 Syawal 1439Hijrah
Salam Aidilfitri 2018 Syawal 1439Hijrah

BACA JUGA: Khasiat Stevia Untuk Kesihatan

Raya raya jugak , kesihatan tu ingat dan elakkan pembaziran . Pada yang keja gomen tu haaaa gaji awalkan untuk bulan Julai . So sendiri mau ungat naaaaa ……..

Salam Lebaran !!