Cara Buat Produk Makanan Kesihatan Bersama ZYPHYTO – Sebelum ni korang pernah terfikir tak nak ada produk sendiri dan berasaskan produk makanan kesihatan ?? Sal pernah gak terfikir tapi bila mengenangkan terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan , hurrrmm tinggal anganan je la .

Cara Buat Produk Makanan Kesihatan Bersama ZYPHYTO
Cara Buat Produk Makanan Kesihatan Bersama ZYPHYTO

Agak rumit jugak la sebab kita memerlukan kos yang tinggi sebab terlalu banyak proses yang perlu dilalui selain pembangunan dan penyelidikan (R&D) sehingga sesuatu produk itu terhasil . Keinginan Sal adalah untuk buat produk kesihatan untuk wanita yang berumur sentiasa sihat dan cantik .. Insya Allah . Sebab tu Sal nak share cara buat produk makanan kesihatan bersama ZYPHYTO

Cara Buat Produk Makanan Kesihatan Bersama ZYPHYTO – Pembuatan Produk Makanan 

Baru ni , Sal ada terbaca mengenai pembuatan produk makanan kesihatan  yang 100% dimiliki oleh Bumiputera iaitu ZYPHYTO Tech Industries Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai ZYPHYTO . Menarik jugak ni sebab selain produk kesihatan .. kecantikan pun ada bagi usahawan atau syraikat tempatan yang nak keluarkan produk jenama sendiri melalui kontrak pengilangan  (OEM) .

Cara Buat Produk Makanan Kesihatan Bersama ZYPHYTO
pelbagai bentuk tablet dihasilkan oleh ZYPHYTO Tech Industries Sdn Bhd

ZYPHYTO bersedia membantu usahawan yang nak keluarkan produk kesihatan dan paling best ada label jenama sendiri . Agak menarik sebab Sal difahamkan OEM yang ditawarkan oleh ZYPHYTO  adalah pada harga yang berpatutan di mana terdapat pelbagai pakej serendah RM5000. Tiada had kuantiti minimum bagi sesuatu produk yang ingin dibeli terutama bagi usahawan baharu .

Sal sendiri pernah buat survey , dan rata rata syarikat yang lain memerlukan modal cecah RM8000 – RM10’000 kalau nak mulakan produk kesihatan sendiri . Dan rasanya belum tentu dijamin R&D .

Realisasi Impian Buat Produk Makanan Kesihatan Jenama Sendiri Dengan ZYPHYTO

Cara paling mudah supaya impian korang nak buat produk makanan kesihatan sendiri bersama ZYPHYTO tercapai .. korang hanya perlu datang dengan idea dan pihak syarikat ZYPHYTO akan realisasikan impian korang tu . Ni bukan cakap kosong tau , pihak ZYPHYTO yang akan buat R&D sehinggalah terhasilnya produk makan kesihatan untuk dipasarkan .

Cara Buat Produk Makanan Kesihatan Bersama ZYPHYTO

Betapa mudahnya la hai ..

Patutla semakin banyak jenama sendiri di pasaran . Sedikit sebanyak apa yang diusahakan oleh ZYPHYTO ni dapat membantu usahawan baharu yang baru menceburi bidang pembuatan produk kesihatan tempatan . Bangga lak Sal ..hehehe

Setiap usahawan yang buat OEM dengan ZYPHYTO diwajibkan follow kursus keusahawanan sebab nak bagi ilmu berkaitan dengan pemasaran secara online . Ramai jugak tau rakan artis dan selebriti yang buat jenama produk makanan kesihatan sendiri bersama ZYPHYTO

Jaminan Kualiti Produk Makanan Kesihatan Jenama Sendiri Dengan ZYPHYTO

Part kualiti korang jangan risau sebab semua produk makanan kesihatan yang dihasilkan di kilang ZYPHYTO mempunyai akreditasi Amalan Pengilangan Baik (GMP) , sijil Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) , pengiktirafan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pengiktirafan ISO . Cukup lengkap dah .  Dan dalam proses untuk memperolehi persijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) .

Bukan senang tau nak buat produk makanan kesihatan ni sebab dalam proses R&D sampai produk siap , dipantau rapid an saringan sangat ketat sebab perlu patuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jakim . Bila dah siap sepenuhnya proses R&D makanya produk tu dah selamat dipasarkan untuk pengguna .

BACA JUGA: Khasiat Pemakanan Sunnah

Produk Makanan Kesihatan Jenama Sendiri Dengan ZYPHYTO

Sal nak share sikit antara produk makanan kesihatan yang boleh dihasilkan menerusi OEM dengan ZYPHYTO .  Antara kategori produk :

  • Whitening Juice & Whitening powder – Membantu penjagaan kulit dari dalam , berfungsi sebagai anti penuaan , anti jerawat dan mengatasi masalah kulit wajah yang lain
  • Woman Health Juice – Membantu merawat masalah dalaman wanita
  • Slimming Juice & Slimming Detox Powder – membantu proses penurunan berat badan
  • IQ Booster – Membantu meningkatkan daya ingatan
  • Detox Tea , Fat Burner Powder , Mineral Coffee , Butterfly Tea – kaya dengan anti-oksida dan berupaya mencegah penyakit kanser
  • Energy drink (ready to drink) – Membantu meningkatkan stamina dan metabolisma

Cara Buat Produk Makanan Kesihatan Bersama ZYPHYTO

Bahan bahan yang gunakan dalam formulasi  untuk menghasilkan produk makanan kesihatan sangat berkualiti sebab terdiri daripada stevia, aloe vera, madu, habbatussauda, Multivitamin (A,D,E,C,K), kurma dan buah delima . Korang jangan risau sebab kesemuanya terdiri daripada bahan yang terbaik dan sunnah . Pastinya akan memberi kesan yang positif kepada pengguna .

Kalau founder cantik , semestinya pengguna akan lebih menawan …

Untuk maklumat lanjut , korang boleh layari:

Facebook : https://web.facebook.com/zyphytogroup

Laman rasmi : www.zyphyto.com

Email : info@zyphyto.com