Cara Nak Bagi Anak Cepat Berenang – Sape kata dok rumah atas takleh nak mandi dalam kolam , heheheh tapi kolam comel je la . Demi kepuasan anak anak ku turutkan jugak . Pernah sekali tu kebetulan hujung minggu , Mr Hubby outstation so Sal pun agak kemalasan nak bawak anak anak mandi pool , jadinya dok kat rumah jela …

Ada Cara Nak Bagi Anak Cepat Berenang ..

Jadila kan . Gini la gayenyer anak anak kat rumah keceburrrr … Sory ye auntie/uncle sebab kita seksi sikit…

Cara Nak Bagi Anak Cepat Berenang
Rumah atas pun boleh tau – Cara Nak Bagi Anak Cepat Berenang

Kesian gak bila tengok anak anak tak dibawak keluar dan kebiasaannya bila Mr Hubby ada  dia yang rajin bawak anak anak swimming . Di peringkat anak anak ni mudah dapat apa yang diajar . Seingat Sal dulu la kan , Khaleef sangat penakut nak masuk pool kanak kanak . Berani main air belah tepi je . Jenuh la Sal tolak dia dalam air dalam tanpa dia tak sedar . Teknik tolak ada jugak yea , jangan sembarangan pulak . Memula tu nampak gak dia fobia tapi lama kelamaan Alhamdulillah , berani dah sekarang .

BACA JUGA: Tips Rapatkan Hubungan Anak Dengan Ibu Bapa

Pernah jugak sebelum ni Sal berniat nak masukkan anak anak kelas swimming tapi Mr Hubby berkeras kata tak perlu . Katanya anak anak akan pandai bila kita selalu bawak swimming . Ternyata berkesan!!

Khalish dah pandai mandi kat kolam besar , cuma kena pantau dan Khaleef pun dah memberanikan diri masuk pool dewasa , syukur !! Inshaa Allah Khalaf bakal menyusul .

Sebagai parents , yang penting kita kena pandai bahagikan masa . Walaupun kerja Sal dan Mr Hubby akan berusaha sedaya upaya bagikan masa untuk anak anak . Peluang yang ada Sal gunakan sebaik mungkin sebab anak anak masa kecil amat memerlukan perhatian yang lebih dari kita .

Macam yang pernah Sal katakan , ingatan anak anak ni sangat kuat dan mereka kalau boleh nak kita sentiasa ambil berat . Luangkan masa setiap hari dan hujung minggu tu sekali sekala boleh la kalau nak bawak berjalan atau beriadah .

Next Sal story lagi ya aktiviti kami anak beranak…