Losyen Terbaik Untuk Tangan

Losyen Terbaik Untuk Tangan

Losyen Terbaik Untuk Tangan – Sebelum ni puas gak Sal cari losyen yang bersesuaian dengan jari dan tangan sebab Sal tersangatla geram dengan kutikel di jari . Bila berkelapangan memang Sal akan pegi buat manicure tapi bukan la selalu . Masa sangat mencemburui jadinya Sal rasa kena cari alternatif supaya kutikel tak menebal dan bahagian jari tangan tidak terlalu kasar .

Losyen Terbaik Untuk Tangan Berkesan dan Berbaloi

Sal ada terbaca kat akhbar Utusan  di mana The Body Shop ada keluarkan balik krim tangan dan kuku badam dan terkandung rahsia manicure minyak badam manis dan shea butter melalui formula penghidratan . Menarik gak ni sebab kawan Sal pernah info yang badam dan shea butter sangat bagus untuk kulit orang asean dan sangat juga membantu mengawal masalah kulit kering dan kutikel jari .

Rupa lotion tangan keluaran The Body Shop tu cam ni ha …

Losyen Terbaik Untuk Tangan
CHANGE Almod Hand & Nails Cream – Losyen Terbaik Untuk Tangan

Produk ikonik daripada The Body Shop , krim tangan dan kuku badam direka kembali dengan pek edisi khas yang dinamakan Change bagi menonjolkan mesej positif dan kekuatan maksud ‘perubahan’ yang ingin disampaikan kepada masyarakat umum.

Pek edisi khas yang direka oleh artis jalanan terkemuka dunia , Eine menggunakan tipografi yang terkenal bagi mempromosikan misi untuk melakukan perubahan positif dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia , di mana kuasanya terletak di tangan anda.

BACA JUGA: Rangkaian Produk Cosmoderm Kini Milikku

Losyen Terbaik Untuk Tangan Mudah Dibawa

Menarik gak edisi khas ni sebab nampak macam senang  nak dibawak . Sal kalau packaging ok Sal tak kisah sebab berbaloi kan kita nak letak dalam beg . Harga pun ok dalam RM63 . Losyen ni kita guna sikit je , bukan letak banyak sangat pun .

Sebab Sal penah tengok ada member yang pakai losyen .. dia punya tuang fuhhhh . Sabar je la tapi tak nak tegur kang kata nyibuk lak . Sal kalau pakai tap .. tap sikit je dah cukup sangat nak letak kedua belah tangan .

Selamat Mencuba Korang !

Cara Buat Produk Makanan Kesihatan Bersama ZYPHYTO
Previous article Cara Buat Produk Makanan Kesihatan Bersama ZYPHYTO
Next article Dapatkan Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee Julai Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Close