Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo – Baru ni Sal dan #KBBA9 ke Farm In The City yang merupakan Petting Zoo , juga An Eden Nature & Animals . Suka je Sal bawak anak anak ke sini sebab boleh mengenali haiwan dengan lebih dekat lagi .

Bila duduk di bandar ni tau la kan .. bukan mudah nak pelihara haiwan yang jinak macam kat kampung tu . Tapi tak jadi masalah pun sebab boleh je bawak anak anak ke Farm In The City .

Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo

Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo
Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo

Sememangnya Sal tak pernah rasa jemu bawak anak anak ke sini . Tambah yang baru kami blogger – Kelab Blogger Ben Ashaari buat gathering as a Family Day sekali . Meriah wehhh  sebab anak anak join sekali . Riuh rendah mak pak ngejor anak anak . Termasuklah Sal .. lucu betul la !

Sal pun tak jemu nak bercerita tentang Farm In The City  sebab melayan keletah anak anak yang sibuk bertanya itu ini tentang setiap haiwan yang dilihat .  Becok betul mulut terutamanya Khaleef . Mungkin kalini tengok live dan bukan hanya dalam buku teks .

Yang Menarik di Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo

Korang jangan risau sebab banyak betul tempat menarik dalam Farm In The City ni . Nampak macam kecik je kawasan dia dari luar tp bila dah masuk ke dalam … tuuu diaaa , puas berjalan dan pelbagai aktiviti menarik disediakan . So bila dah kata banyak aktiviti , pakai la baju dan kasut yang bersesuaian seisi keluarga ya . Jangan kata Sal tak pesan tau ..

Banyak pulak Sal berceloteh , baik Sal story aktiviti yang sempat  anak anak terokai di Farm In The City . Tapi best jugak kalau Sal letak gambar kan ? Biar gambar yang berbicara lanjut .. enjoy korang !!

Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo
Tortoise & Turtle Farm
Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo
Bird Aviary
Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo
Fish & Swan Feeding
Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo
Pet Village
Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo
Longkang Fishing

Bila tengok gambar gambar ni kan .. rasa macam nak pegi lagi oii . Best sebab anak anak teruja sungguh .. Sal sempat gak antara haiwan yang boleh korang kenali dengan lebih dekat dan aktiviti Pony Ride untuk panduan korang …

BACA JUGA: Farm In The City Percutian Menarik Area Selangor

Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo

Farm In The City Malaysian Village Themed Petting Zoo
 Cilik KBBA9 …

See .. harga pun berbaloi tau untuk Pony Ride . Seronok anak anak Sal dapat ride .. ibunyer tumpang sekaki la tengok . Nak story banyak nanti korang boring pulak . Pergi la korang , jangan tidak ya sebab kat sana macam macam haiwan yang jinak ada .

Part makan korang jangan risau sebab di Farm In The City  ada makanan yang dijual pada harga yang amat berpatutan . Kawasan persekitaran bersih dan tiap kali bila korang dah pegang haiwan , ada disediakan tempat basuh tangan . Kebersihan amat dititikberatkan !!

BACA JUGA: Khalish Naik Kuda Farm In The City Seri Kembangan

Untuk info lanjut , korang boleh rujuk :

Website: www.farminthecity.my

Facebook: FarmInTheCityMalaysia

Instagram: FarmInTheCityMalaysia

Alamat: Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor  –  No. Tel: 03-89412099