L’oreal Revitalift Micronized Centella Essence Water Berkesan Memberi Kelembapan Muka – Lama dah sebenarnya nak review tentang essence water . Muka Sal memang amat memerlukan essence water sebab bukan muda lagi pun .. hehehe . Tapi kena maintain la kan dari dok diam nanti kulit muka jadi lebih teruk . Serious mintak dijauhkan .

Baru ni Sal berpeluang cuba Revitalift Micronized Centella Essence Water produk dari L’oreal Paris . Mulanya macam tak berani jugak nak try tapi dari review yang Sal baca , nampak menarik dan kebanyakan yang dah guna bagi feedback yang positif .

Betul Ke L’oreal Revitalift Micronized Centella Essence Water Berkesan Memberi Kelembapan Muka ??

L'oreal Revitalift Micronized Centella Essence Water Berkesan Memberi Kelembapan Muka
L’oreal Revitalift Micronized Centella Essence Water Berkesan Memberi Kelembapan Muka

Untuk percubaan , Sal beranikan diri cuba botol yang comel (22ml) dulu sebab risau tak serasi dengan muka . Dibuatnya tak berkesan … hancur lak muka . Haru tau !! Bila dah pakai dalam sebulan dengan penuh konsisten , baru la Sal berani nak share dengan korang . Kena la cuba dulu baru kan baru kita tau sejauh mana keberkesanannya .

Kulit muka Sal memang tak terlalu bermasalah cuma agak kering sebab persekitaran keja . Setiap kali lepas cuci muka , Sal akan letak L’oreal  Revitalift Micronized Centella Essence Water supaya kulit muka lembap dan segar . Sal dap dap kan dan biarkan seketika – setiap hari ya .

Bila dah terbiasa , setiap hari akan automatik jadi amalan dan bila tak letak essence water ni kita akan rasa ‘something’ .

Dan apa yang Sal perasan , kulit muka bertambah lembap …  takde lagi kekeringan . Kedutan dan ‘panda’ di bawah mata agak pudar dan warna kulit jadi sekata . Sal ni kerap jugakla berjaga malam sebab anak still breastfeed lagi .

Perbezaan Ketara Lepas Guna L’oreal Revitalift Micronized Centella Essence Water

Kebiasaanya sesetengah essence water bila pakai di muka , kita akan rasa melekit tapi dengan L’oreal  Revitalift Micronized Centella tak langsung . Smooth sangat meresap dalam kulit muka . Tu antara sebab sampai sekarang Sal guna . Harga pun agak berbaloi dan boleh digunakan dalam jangka masa 1-2 bulan penggunaan . Ikut size muka korang dan kerajinan jugak laaaa .. hehe .

Lagi kerap korang pakai , memang akan rasa ketara perubahan . Selain lembap , kulit akan lebih anjal . Kenapa ya anjal ? sebab kandungan L’oreal  Revitalift Micronized Centella diformulasikan daripada ekstrak pegaga (centella asiatica) sebanyak 92% dan dipercayai mampu menyembuh dan memperbaiki tanda penuaan – anti aging .

Meh nak share sikit khasiat pegaga ni .. rasanya korang pun tau kan yang pegaga ni antara ulaman yang lebih dikenali untuk awet muda so ia mampu menggalakkan penghasilan kolagen baru bagi memberi keanjalan dan ketegangan pada kulit muka . Yang penting , korang kena rajin.

L'oreal Revitalift Micronized Centella Essence Water Berkesan Memberi Kelembapan Muka
L’oreal Revitalift Micronized Centella Essence Water Berkesan Memberi Kelembapan Muka

Bila essence water dah serap dalam muka , ia mampu menghidrat dan memperbaiki serta memberi kelembapan pada kulit muka . Jadinya korang jangan risau pada kekeringan ya . Macam Sal sendiri lepas consume L’oreal  Revitalift Micronized Centella seriously nampak sangat perubahan yang ketara . Kalau tak dulu asyik kering je kulit dan bila kering akan nampak tak bermaya dan kusam .

BACA JUGA: Jaga Keintiman Anda Dengan Cosmoderm

Sesetengah tu Sal tau dah , produk rajin beli tapi bila dah ada tak pakai pun . Please korang , bila dah perasan something pada kulit muka .. jangan dibiarkan ya . Nanti melarat … time tu nak pulihkan agak terlambat .

So secara keseluruhan Sal akan terus konsisten gunakan L’oreal Revitalift Micronized Centella Essence Water supaya kulit muka sentiasa lembap dan anjal . Bila kulit muka sihat , nak make up pun rasa bersemangat kan …

Tepuk dada , tanya selera !