Filem PASKAL The Movie
Filem PASKAL The Movie

Anda Perlu Tahu Sinopsis Filem PASKAL The Movie

Sinopsis Filem PASKAL The Movie – Leftenan Komander Arman Anuar TLDM adalah seorang pegawai PASKAL yang mempunyai sejarah perkhidmatan yang cemerlang .  Beliau telah mengetuai pasukan menyelamat ketika kapal MV Bunga Laurel dirampas lanun Somalia di Teluk Aden .  Beliau juga seorang wira negara dalam misi pengaman PBB di Angola .  Tetapi bagaimana seseorang itu menjadi seorang wira ?  Apakah pengorbanan yang perlu dilakukan dan apa bagaimana pula pandangan ahli keluarga dan masyarakat terhadap mereka yang dipanggil wira ini?

Arman terpaksa memilih antara berkhidmat untuk negara dan menjaga ibunya Khadijah yang sakit .  Khadijah tidak bersetuju dengan keputusan Arman yang mengikut jejak langkah arwah suaminya untuk menjadi seorang tentera .  Beliau sentiasa bimbang akan keselamatan anaknya dan kemungkinan dia akan kehilangan Arman juga .

Bagi Arman pula , beliau rasa bersalah terpaksa meninggalkan ibu kerana tugas dan juga apabila melihat Lily , balu sahabatnya yang kehilangan suami dan kini meneruskan kehidupan demi anaknya yang masih kecil .  Konflik yang dihadapinya membuat beliau mengambil keputusan untuk memohon ditukarkan ke tugasan di pangkalan dan tidak lagi aktif di lapangan .

Namun, masa lampaunya kembali menghantui Arman apabila berjumpa dengan Jeb , bekas anggota PASKAL yang telah diberhentikan .  Pertemuan mereka berakhir dengan amaran Jeb , yang kini seorang pembunuh upahan , supaya Arman tidak menghalangnya . Arman semestinya tidak boleh berdiam diri kerana beliau dapat rasakan Jeb sedang merancang sesuatu yang mengancam keselamatan negara .

Siasatan Arman menunjukkan Jeb ingin merampas sebuah pelantar minyak , di mana Lily sedang bekerja .  Beliau terus mengumpul rakan-rakan PASKAL yang lain untuk misi yang mungkin menjadi yang terakhir buat Arman .

Berdasarkan koleksi kisah benar , filem aksi ini mengetengahkan wira negara yang tidak ramai ketahui .

Info PASKAL The Movie

Language : Malay
Subtitle : English / Chinese
Classification : P13
General Release Date : 27 Sep 2018
Genre : Action / Thriller
Running Time : 1 Hour 40 Minutes
Distributor : GSC Movies
Director : Adrian Teh

Senarai Pelakon PASKAL The Movie

  1. Hairul Azreen (Arman Rahmat bin Anuar)
  2. Ammar Alfian (Jeb)
  3. Taufik Hanafi (Khairil aka ‘Ustaz’)
  4. Henley Hii (Joshua Tee)
  5. Gambit Saifullah (Gagak)
  6. Hafizul Kamal (Yan)
  7. Thebaan G (Misi)
  8. Jasmine Suraya Chin (Lily)
  9. Amerul Affendi (Rudi)
  10. Datuk Seri Eizlan Yusof (Panglima Tentera Laut)

Sejujurnya sy tak suka tengok action movie . Lama dah tak masuk panggung . Dan .. bukan juga sebab sy #NavyPeople maka…

Posted by Salina Johari on Rabu, 19 September 2018