Tips power atau kuasai Bahasa Inggeris dengan mudah – Mulanya Sal sendiri rasa rendah diri sangat nak bercakap dalam Bahasa Inggeris . Tapi dalam masa yang sama Sal nak anak anak dapat kuasai Bahasa Inggeris dan faham . Bila maknya power english .. kena la turun kat anak kan !!

Tips Power atau Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Mudah
Tips Power atau Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Mudah

Perlu Tahu Tips Power atau Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Mudah

Zaman sekarang ni memang Sal tak nafikan yang kita perlu kuasai Bahasa Inggeris . Especially dalam bidang pendidikan dan kalau perasan kebanyakan buku latihan pun ada dalam english kan . So , terapkan minat kuasai english dalam diri korang dan anak anak . Yang mana Sal sendiri tengah cuba .

Baru ni Sal tertarik dengan tips yang dikongsikan oleh Dr Amalina Bakri .  Macam mana kita nak fasih dan kuasai english dengan sebaik mungkin :

1. Perlu ada keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai

Jangan putus asa untuk praktis sebab ‘practice makes perfect’ . Untuk tatabahasa jangan risau just cakap dalam english dengan yakin . Kalau ada yang kata berlagak … ada aku kisah ??

2. Berkomunikasi dengan rakan dari luar negara melalui media sosial

Korang mesti aktif dalam media sosila atau socmed kan so gunakan platform yang ada untuk communicate dengan kawan kawan dari luar negara . Kalau payah sangat , boleh interaksi dengan rakan sekerja . Nak mula yang simple pada Sal , try communicate dengan anak anak .

Secara tak langsung dah 2 in 1 kan .. mak dapat dan anak anak pun belajar sama .

3. Praktikkan menonton program rancangan TV berbahasa Inggeris atau dengar muzik

Yang ni antara tips yang korang suka kan .. tonton banyak sikit siaran TV dan mula praktis . Dalam masa yang sama fahamkan jugak ya . Sedikit sebanyak dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan tatabahasa korang . Makin lama sure korang akan fasih berbahasa Inggeris !

Kebiasaannya part nyanyian tu la kan korang akan cepat hafal dan hadam . Sal zaman study dulu buat gak , memang menjadi

4. Teruskan latihan dan sentiasa dekatkan diri dengan kawan kawan yang fasih berbahasa Inggeris supaya kesilapan dapat diperbetulkan . 

BACA JUGA: Jom Ajar Anak Berbahasa Inggeris

Teruskan berusaha dan jangan cepat mudah putus asa ya !!