7 Tips Ajar Anak Disleksia Dan Slow Learner Di Rumah – Saja Sal nak kongsikan berkenaan tips ajar anak disleksia dan slow learner di rumah . Peringatan untuk diri Sal sendiri sebab pada Sal tips ni boleh gak diimplementasikan pada anak anak normal . Ada manfaatnya !

7 Tips Ajar Anak Disleksia Dan Slow Learner Di Rumah
7 Tips Ajar Anak Disleksia Dan Slow Learner Di Rumah

7 Tips Ajar Anak Disleksia Dan Slow Learner Di Rumah 

  1. Jangan marah cikgu jika ada yang kesan anak kita disleksia/minta kita bawa anak jumpa pakar.

Paling ramai ibu bapa bersikap ‘denial’ yakni tidak dapat terima anak mereka sedikit berbeza . Mereka menafikan dan menidakkan sehingga guru-guru pula dimarah dan dikatakan tidak pandai mengajar . Kena belajar menerima tuan-tuan demi kebaikan anak-anak kita juga .

Dapatkan pengesahan doktor pakar kanak-kanak . Jika anak kita negatif , Alhamdulillah . Jika positif disleksia pun Alhamdulillah . Kita tahu awal dan kita berikan hak yang mereka layak . Disleksia bukan masalah yang terlampau besar. Anak boleh membesar seperti orang lain jugak , boleh bekerja, boleh berumah tangga, boleh berjaya dan sebagainya. Jangan risau !

Tak caya ? Korang baca ni ha >>> Dianggap ‘Lembap’ Di Sekolah, 9 Anak Disleksia Ini Kini Berjaya dan Popular

 

  1. Jangan kaitkan dengan keturunan atau pasangan

Tolong jangan sampai kaitkan pasangan (suami/isteri) pula . Kaitkan keturunan pula hingga mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga . Terima sahaja dan anggap itu sebagai cabaran kita sebagai ibu bapa untuk mendidik mereka . Berikan hak mereka tanpa sibuk mempersalahkan sesiapa pun.

  1. Jangan cepat marah

Emosi mereka tidak seperti anak-anak normal . Mereka lebih sensitif , cepat hilang tumpuan dan cepat hilang minat kalau asyik kena marah atau denda sahaja . Namun ketegasan dalam mengajar tetap kena ada . Terutama bila mereka mula hilang tumpuan dan banyak main-main . Tegas dan marah-marah dua perkara yang berbeza .

  1. Bacakan buku untuk mereka

Sangat penting ibu dan ayah bacakan buku cerita yang mereka suka untuk tambah perbendaharaan kata . Mereka suka mendengar cerita, mereka suka dibacakan buku dan mereka membayangkan situasi setiap apa yang kita ceritakan. Buku bergambar lebih bagus . Anak disleksia biasanya lebih suka dengan gambar .

  1. Membaca dan belajar sama-sama

Suruh anak pilih buku kegemaran mereka, kemudian kita bersama-sama membaca . Dia eja , kita bantu. Kita eja, dia sebut . Bacaan secara berpasangan sangat membantu mereka sebenarnya . Anak-anak cepat faham dan minat cepat bertambah . Begitu juga jika mereka membuat latihan menulis atau mengira .

Jika mereka terbalik antara huruf B dan D, atau nombor 6 dan 9 , betulkan segera pada masa itu juga . Pembetulan demi pembetulan , latihan demi latihan ringkas ini sangat membantu perkembangan dan ingatan . Tidak ramai ibu bapa bantu di rumah sebenarnya . Lebih ramai yang lepas tangan pada guru-guru di sekolah sedangkan guru tidak mampu hadap anak kita seorang sahaja seperti mana kemampuan kita sebagai ibu bapa – 7 Tips Ajar Anak Disleksia Dan Slow Learner Di Rumah .

  1. Beri galakan pada minat mereka

Ramai antara budak disleksia sangat suka melukis . Walaupun pada kita lukisan mereka agak aneh dan sukar difahami , terus beri galakan . Belikan saja kertas lukisan dan pensel warna . Berbual tentang lukisan mereka , apa yang mereka lukis , apa pula yang mereka maksudkan dengan lukisan itu . Hubungan bertambah erat , minat anak bertambah mendalam dan mereka akan rasa sangat dihargai .

Jika mereka minat mengira dan  nombor , beli buku latihan asas dan selalu buat bersama-sama sebagai dorongan . Dan sentiasa ingat, kesilapan mereka wajib kita tegur serta merta.

  1. Sentiasa beri kata dorongan, pujian dan motivasi

Setiap kejayaan mereka walau kecil, pujilah. Setiap hasil kerja mereka walau comot pada pandangan mata , terus bagi sokongan , pujian dan dorongan . Kata-kata motivasi membangkitkan semangat mereka untuk terus belajar. Tolong jangan sesekali berkata yang mereka lembab , bodoh , bangang dan seumpamanya . Itu hanya membuatkan mereka rasa down , berbeza , tersisih dan tidak dihargai .

Anak kita , amanah kita. Teruslah memberi yang terbaik untuk mereka dan menaruh kepercayaan kepada mereka . Mereka boleh berjaya seperti orang lain juga . Bahkan lebih lagi . Cuma pada awalnya ini mereka sedikit lambat .

Ada beberapa pendekatan yang dinyatakan Sal buat pada anak anak . Kadang anak anak ni mudah moody so kena tahu cara amik hati dyorang . Ada masa kita bertegas dan ada masa kita gunakan peluang sebaiknya supaya suka kepada subjek di sekolah .

Sal akui , bukan suatu perkara mudah dalam mendidik anak anak untuk belajar dan suka akan sesuatu .. tapi bak kata orang dulu dulu ‘alah biasa tegal biasa’ !!

Sumber Asal : Pra Sekolah SK Desa Pandan

BACA JUGA : Tips Rapatkan Hubungan Anak Dengan Ibu Bapa