Boleh Atau Tidak Cium Mulut Anak – Dulu Sal suka gak cium mulut anak masa anak kecik la . Time umur 2 tahun lebih .. sebab geram tengok kecomelan kurniaan Allah SWT . Tanpa disedari macam mana kita sayang sekalipun anak anak , sebagai parents kita tak boleh nak cium terutamanya di bahagian mulut anak . Baru Sal tahu sensitif rupanya walaupun waktu tu anak kecik lagi .

Boleh Atau Tidak Cium Mulut Anak Sebenarnya ..

Baru ni Sal ada terbaca kenapa takleh nak cium area mulut anak tu sesuka hati . Sal tertanya gak dalam hati .. boleh atau tidak cium mulut anak . Siapa tak sayang anak kan ? Tapi macam mana sayang sekalipun kita kena titikberatkan part yang dilarang cium sama sekali . Bukan apa , kesannya nanti berbalik pada anak . Kita jugak yang akan menanggung di kemudian hari .

Antara Sebab Dilarang Cium Anak Di Mulut

  1. Berupaya Merangsang Syahwat

Kawasan bibir sangat sensitif dan mampu merangsang syahwat . Menurut seorang penulis psikologi pendidikan dan anak dari Universiti California Los Angeles (UCLA) berpendapat kesan buruk jika kita terlalu sering cium di bibir anak:

Ketika seorang anak mencapai 4 , 5 atau 6 tahun dan pada usia sekitar itu keinginan seksualnya mulai muncul (dan beberapa anak anak keinginan seksualnya muncul lebih awal, pada usia 2 atau 3) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual(syahwat) mereka – Dr Charlotte Reznick

  1. Mulut Antara Medium Utama Penyakit Berjangkit

Korang pernah cium bibir baby tak ? Sape tak geram bila tengok baby yang comel kan .. Sal gitu gak tapi pernah tak korang terfikir yang mulut tu merupakan medium utama dalam memindahkan kuman . Senang sangat kuman nak masuk dalam tubuh badan melalui ciuman. Kebanyakan penyakit boleh tersebar melalui mulut . So hati hati ya !!

Boleh Atau Tidak Cium Mulut Anak
Boleh Atau Tidak Cium Mulut Anak

Ciuman Yang Digalakkan Kepada Ibu Bapa Terhadap Anak

Ciuman ni antara tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada parents kepada anak anak . Rasulullah dan Para Sahabat hanya mencium pipi anak anak . Ada bahagian tertentu yang dibolehkan .. bukan kata tak boleh langsung kita cium anak ni cuma kena berpada .

Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya , ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi . Maka aku melihat ayahnya , Abu Bakar , mencium pipinya seraya bertanya : “ Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku ? – HR. Al-Bukhari no. 3918

Kalau korang nak tahu, ada 4 tempat pada anggota tubuh badan yang sangat digalakkan kita sebagai ibu bapa lakukan ciuman terhadap anak :

Ciuman di kepala tanda KEBANGGAAN

  • Bila anak dapat sesuatu perkara yang membanggakan kita contoh berjaya dalam pelajaran , sebagai tanda bangga kita boleh cium di tengah kepala anak .

Ciuman di pipi tanda RINDU

  • Bila anak balik dari sekolah , cium la anak di pipi sebagai bukti kita rindu pada dia atau masa kita balik kerja .

Ciuman di dahi tanda REDHA

  • Bia anak berbuat sesuatu perkara dan kita redha atas perbuatannya tu , kitacium di dahi anak .

Ciuman di tangan tanda KASIH

  • Untuk zahirkan rasa hormat dalam diri , kita ajar anak kita cium tangan kita .

Tips: Sekiranya nampak anak tak tenteram atau risau , gosokkan di belakang leher anak . Dan untuk kurangkan kenakalan anak , gosok di bahagian dada sambil selawat atau baca surah pendek – Al Fatihah atau Ayat Kursi

Insya Allah  …

BACA JUGA: Lazz Susu Kambing Produk Terbaik Untuk Kanak Kanak